Geng Bas Sekolah

October 17, 2011

PAS Nak Hapuskan UMNO Dari Bumi Terengganu !


"Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti UMNO ke 3 di Pantai Pandak, Cendering, Terengganu pada hari Jumaat dan Sabtu (14 dan 15 Okt 2011), PAS Terengganu telah melancarkan manifestonya untuk PRU ke 13 yag disempurnakan oleh DSTG Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Temanya ‘Terengganu Maju Islam Berdaulat Negeri Berkebajikan’. Dalam majlis tersebut, 5 manifesto yang menjadi sebahagian dari keseluruhan manifesto dikemukakan kepada rakyat untuk ditawarkan jika diberi amanah memerintah Terengganu:

Baca GAP untuk cerita selanjutnya


Walaupun PAS sekarang dilanda huru hara tapi jangan pandang rendah pada mereka. Puak PAS ni andaikata pemimpin mereka SAH peliwat sekalipun, mereka akan tetap angkat dan julang. Lantaklah kalau pemimpin mereka tu samseng, sakit mental atau hiv positif. Taksub tetap taksub.

Sebab tu aku risau kalau Terengganu sekali lagi jatuh ke tangan PAS. Dulu dah kena sekali. Kononnya Hj Hadi nak bagi duit royalti pada rakyat Terengganu. Tapi ada dia bagi? Habukpun takde. Hari ini perintah, esok Hudud ditegakkan. Last last orang tua tu cakap tiada agenda nak buat Hudud. Lagi nak percaya pada munafik macam tu ke?

Rapatkan lagi saf saf didalam UMNO. Jangan asyik nak berkelahi atau main belakang. Tak puas hati sebab tak dipilih, bantai main belakang kawan tu sampai tertonggeng kawan tu dibuatnya. Last last partipun kalah. Buanglah sikap berpuak puak. Nak menang, nak hidup kena bersatu. Berpeganglah pada al Quran dan al sunnah. Selagi UMNO pegang pada kedua itu, insyaallah UMNO tidak akan kalah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: