Geng Bas Sekolah

October 17, 2011

Blogger BN ni Bodoh Ke ?


Barisan Nasional (BN) perlu membuat hebahan seluas mungkin kepada masyarakat mengenai amalan baik yang dibuat oleh parti itu bagi menunjukkan ia adalah kerajaan yang prihatin kepada rakyat.

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, aspek hebahan itu kurang diberi perhatian oleh BN tetapi diberikan tumpuan oleh pembangkang di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka.

Beliau berkata, perkara itu berlaku mungkin disebabkan pemimpin BN tidak melihat publisiti sebagai sesuatu yang penting semasa mereka berbuat demikian.

"Sedangkan pembangkang akan menghebohkannya pada setiap program yang mereka adakan walaupun perbuatan itu tidaklah sebesar mana tetapi digembar-gemburkan bagi menarik minat orang ramai.

Sementara itu, Presiden PPP, M. Kayveas berkata, penguasaan BN di dunia siber masih lemah terutamanya dalam menjawab isu-isu yang ditimbulkan di dunia maya itu.

Katanya, kelemahan itu begitu menonjol sehingga menjejaskan prestasi BN pada pilihan raya umum lalu.

"Sehingga kini, BN belum pandai membalas serangan-serangan yang dibuat di alam siber dan ini satu perkembangan yang tidak boleh dibiarkan begitu saja," katanya.


Adoii Kayveas ni tak pernah buka internet ke? Ataupun selama ini memang Presiden PPP ni tak ikut perkembangan semasa?

Untuk pengetahuan Mr Presiden, blogger pro Kerajaan sebenarnya dah banyak tapi rasanya dari UMNO jelah. Parti kompenan lain macam MIC, MCA macam taknak membantu je. PPP? Lagilah tak ada. Langsung tak terkenalpun parti PPP ni.

Terjejas atau tidak BN, bergantung kepada ahli politik. Kalau ahli politik tak reti nak turun padang atau moral tak senonoh,  jangan haraplah nak menang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

Dari apa yg saya lihat , 90% bloggers pro kerajaan yg ada semuanya dari UMNO , bloggers dari Mic,Mca atau PPP kalau ada pun hanyalah sorang dua ! bloggers pro kerajaan dari Sarawak tak sampai 5 orang , bloggers pro kerajaan dari sabah paling ramai pun 4 orang ! ini bloggers yg aktif ..yang tak aktif itu lain cerita .

kalau ada pun , dalam Fb ! cuma dalam FB , mereka wujudkan bermacam nama , ada nama parlimen Fb , facebooker 1malaysia dan sebagainya ,

maknanya , bloggers dari parti komponen lain sanggat kurang , kenapa kayveas seolah salahkan umno ? patutnya mereka kena cermin diri sendiri terlebih dahulu ..

Jeepers Creepers said...

anon: betullah tu. cuma orang melayu je yang dok pertahankan BN dalam perang siber ni. Bangsa lain takde nak tolongpun.Tu baru perang siber.

Kalau perang betul betul macam mana? orang melayu jugalah yang jadi askar dan polis. bangsa lain jangan haraplah.

lepas tu bangsa lain ada hati nak pegang jawatan, nak kongsi kuasa.bila kerja taknak. tapi pegang jawatan nak pulak.