Di atas adalah tweet dari Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Tweet pertama beliau dengan bangga menyambut ulangtahun Revolusi 1911 oleh Dr. Sun Yat Sen. Katanya, revolusi itu menumbangkan 'feudalisme' dengan berakhir Dinasti Manchu dibawah Maharaja Terakhir China Pu Yi
Revolusi 1911 adalah sejarah negara China. Menjelang merdeka, kebanyakkan kaum Cina di Tanah Melayu terbahagi kepada penyokong komunis dipimpin oleh Mao Tse Tong atau Kuomintang dipimpin oleh Chiang Kai Shek. Mereka masih ambil kisah politik Tanah Besar kerana ketika itu bagi mereka itulah tanah air mereka. Mereka ke Malaya hanya untuk cari makan.
Setelah 54 tahun merdeka, masih ada cucu cicit mereka menyambut ulang tahun Revolusi 1911.
Dan Naib Presiden PKR yang masih 'patriotik' dengan sejarah nenek moyangnya sangat 'mengambil berat' nasib orang Melayu Kg Baru.
Dalam tweetnya yang kedua, beliau menyifatkan Melayu Kg Baru bejuang mempertahankan warisan, 'habitat' dan tanah mereka.
Bagi Tian Chua, Melayu Kg Bharu adalah seperti Orang Asli Suku Batik di Taman Negara, 'a living museum' yang perlu dipertahankan habitatnya.
Kerajaan sedang berusaha membangunkan Kg Baru selaras dengan pembangunan pesat kota raya, namun usaha ini dibangkang oleh Tian Chua dan sekutunya. Mereka ingin Kg Baru kekal dengan rumah kayu dan orang Melayu kekal daif.
Petikan Sri Tri Buana
Tian Chua adalah contoh manusia yang orang melayu perlu jauhi. Musuh dalam selimut yang sentiasa mencari peluang untuk menjahanamkan orang melayu. Tetapi malangnya masih ada orang melayu yang tak nampak kebenaran dan masih menjunjung tinggi musuh ini.
Kenapa Tian Chua tidak mahu orang melayu Kg Baru maju? Sebabnya Tian Chua nak orang melayu terus hidup miskin dan daif. Dan tak mustahil sekiranya pembangkang berkuasa, mereka akan mencari jalan untuk merampas tanah orang melayu di Kg Baru.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment