Geng Bas Sekolah

October 11, 2011

Kerajaan PAS Zalim !


Lebih 50 petani di Kampung Kalai, Mukim Jeneri dekat sini berang apabila jambatan yang menjadi laluan untuk ke kebun mereka di kawasan Asam Pagi dirobohkan syarikat milik kerajaan negeri, baru-baru ini.

Penduduk mendakwa keadaan itu turut menyebabkan mereka tidak dapat mengeluarkan hasil tanaman seperti padi, getah dan kelapa sawit daripada kawasan kebun yang dianggarkan seluas 1,500 ekar.

Ketua Masyarakat Siam Kampung Kalai, Nai Anek Ai Nam berkata, penduduk telah menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan melalui kawasan itu tanpa sebarang masalah sebelum tahun 1970 lagi.

Bagaimanapun, katanya, selepas pengurusan ladang berpindah tangan kepada pakatan pembangkang, penduduk menghadapi masalah melalui kawasan berkenaan.

"Keadaan tambah buruk apabila pada 11 September lalu, pihak pengurusan ladang mengarahkan jambatan itu dirobohkan tanpa sebarang notis.

Apa yang menyedihkan, ujarnya, jambatan tersebut dibina secara bergotong-royong menggunakan duit penduduk sebanyak RM6,000.

Seorang penduduk, Niam Endin Tek, 55, yang terkilan dengan tindakan itu berkata, kerajaan Negeri bukan saja tidak menyelesaikan masalah tetapi merobohkan jambatan yang menjadi laluan utama ke kebun.

Sementara itu, Boon Som berkata, kerajaan Negeri harus berlaku adil kepada penduduk sejajar dengan slogan Kedah Sejahtera yang dibawa mereka.

"Memang jambatan ini dibina atas kawasan tanah milik ladang tetapi kerajaan negeri harus menggunakan budi bicara membenarkan penduduk membina jambatan dan menggunakan laluan ini.

"Lagipun mereka bukannya baru sehari dua gunakan jalan ini tetapi lebih 40 tahun lalu iaitu sebelum ladang ini diwujudkan lagi," katanya.

Mahadzir pula berkata, perkara tersebut tidak akan timbul semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu memandangkan pihaknya mengutamakan kebajikan rakyat.


Selama ini PAS menuduh Kerajaan BN zalim padahal merekalah sebenarnya yang zalim. PAS memang tidak berlaku adil kepada rakyat. Di Kelantan, kerajaan PAS merampas tanah orang asli dan tidak menyediakan bekalan air bersih untuk orang melayu islam manakala di Kedah kerajaan PAS menganiaya masyarakat siam.

Kerajaan yang zalim dan tidak adil ini hendak membuat hukum Hudud? Lagi banyaklah ketidakadilan yang akan berlaku nanti. Insyaallah kerajaan PAS akan tumbang kerana Allah s.w.t tidak suka kepada mereka yang berlaku zalim kepada orang yang lemah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: