Geng Bas Sekolah

October 3, 2011

Illuminiti Menyusup Kedalam Universiti - Saifuddin Senyum Bangga


Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan perlu meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selari dengan usaha Putrajaya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dua akta lain yang berkaitan.

Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mengalu-alukan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam, yang menyarankan agar undang-undang itu dipinda bagi membolehkan mahasiswa dan pensyarah terlibat dalam politik.

“Ini kenyataan pertama daripada seorang presiden parti komponen BN. Kenyataan ini penting dan selari dengan kenyataan Datuk Seri Najib yang telah mengumumkan akan memansuhkan ISA. Kalau boleh memansuhkan ISA, apalah sangat meminda AUKU. Meminda AUKU adalah susulan yang semula jadi selepas memansuhkan ISA,” kata beliau dalam satu kenyataan menerusi SMS.

Semalam, dalam ucaptama Perhimpunan Agung Tahunan MCA di ibu negara, Dr Chua mengesyorkan agar Seksyen 15 dan 16 AUKU dipinda bagi membolehkan pelajar dan pensyarah mengambil bahagian dalam politik bagi menghormati hak mereka sebagai pengundi.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menambah, pada tahun lalu beliau telah membentangkan kertas berkenaan idea membenarkan mahasiswa berpolitik pada mesyuarat MT Umno.


Balik balik nak huru harakan Universiti. Dah tak modal lain ke. Rasanya pakcik Saifuddin ni lebih suka mahasiswa kita membuang masa dengan politik karut marut daripada tumpukan pelajaran. Tahulah orang muda ni darah cepat panas. Dia nak gunakan orang muda supaya berdemo berpolitik macam boss dia pakcik Anwar buat dahulu ditahun 70an. Merusuh kat Universiti tak tentu pasal.

Alang alang nak suruh budak Universiti sibuk berpolitik, kenapa tak minta supaya budak sekolah rendah sampai menengah pun berpolitik sama. Kan banyak undi boleh dapat kalau guna budak sekolah hehehehe.

 Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

4 comments:

Anonymous said...

tidak setuju ! belum masanya budak2 Universiti bermain politik secara serius , lebih baik biarkan mereka menumpukan perhatian pada study , selesai pengajian terpulang pada mereka untuk memilih jalan dan arah masing2 ..

mak bapak hantar anak masuk U bukan utk main politik , mak bapak hantar anak masuk U dengan harapan esok keluar boleh dapat kerjaya yg baik , jadi harapan dan kebangaan keluarga !

kebanyakan budak U belum matang sepenuhnya , mereka masih kebudak-budakan ! mereka masih dikawal emosi ..mereka masih mentah , jgn kita rosakan mereka dengan membuka pintu seluasnya kepada satu permainan yg menagih korban !

Jeepers Creepers said...

anon: betul tu..tapi orang tua ni mana peduli..janji dia dapat jahanamkan UMNO..itu je yang dia nak.

kyra veronica said...

thx follow me..i follow u back:)

Jeepers Creepers said...

kyra: tq :)