Geng Bas Sekolah

October 5, 2011

Budaya Sepak Menyepak Didalam UMNO ?


Dilaman-laman media sosial, penyokong pembangkang masih mendominasikan suara rakyat. Jika suara disitu diambil kira mewakili satu individu maka dari keseluruhan yang bersuara penyokong kerajaan masih kalah. Kerana itulah timbul sedikit kebimbangan kepada kita dalam menghadapi PRU13 nanti. Cabaran yang akan kita hadapi sungguh besar dan membimbangkan. Tetapi, apakah semua pemimpin dan ahli-ahli UMNO prihatin tentang itu?

Wanita UMNO dimaklumkan telahpun menghantar senarai nama calon-calonnya bagi PRU akan datang. Menurut beritanya, di Pahang ada beberapa nama penyandang sedia ada cuba digugurkan walaupun khidmatnya masih tip-top dan cemerlang. Jika benarlah demikian bermakna cas keting masih berlaku dan ini akan memberikan kesan buruk kepada UMNO dan BN sendiri. Justeru, PM mestilah berhati-hati dalam melakukan penapisan supaya mengambil hanya yang baik dan terbaik saja.

Dato' Maznah Mazlan ADUN Muadzam Shah, Rompin, masih cemerlang khidmatnya, justeru jangan dia dibuang melainkan untuk mengangkatnya sebagai calon Parlimen. Dia wakil rakyat yang pandai dan rajin berkerja. Rakyat dan UMNO masih memerlukannya. Semua orang mengakui hakikat ini melainkan bagi mereka-mereka yang ada hasad dengki. Beliau mendapat 6681 undi mengalahkan lawannya PKR yang mendapat 3161 undi dan menang majoriti 3520 undi.

Demikian juga dengan Dato' Shahaniza Shamsuddin ADUN Kuala Sentul, Maran, Calon Puteri UMNO dulunya namun menangi kerusi Kuala Sentul dengan bermaruah dengan undi 5420 mengalahkan calon PKR yang mendapat 2723 undi dengan majoriti 2697. Janganlah dia disingkirkan kerana penggantinya belum tentu akan memenangi kerusi berkenaan. Tokoh muda ini memberikan telah menunjukkan rekod perkhidmat yang cemerlang. Beliau sangat disenangi oleh pengundinya sama ada dari golongan tua maupun yang muda.

Kita percaya bahawa jikapun ada usaha-usaha untuk 'memancas' mereka berdua ini, pasti MB Pahang akan pertahankan mereka sedaya upaya. Kita juga berharap agar pucuk pimpinan juga memastikan bahawa nama-nama mereka ini masih tersenarai sebagai calon PRU akan datang. Ini semua kerana kita prihatin kepada UMNO, demi memenangi PRU akan datang seterusnya kestabilan politik negara.

Sumber: BH


Budaya sepak menyepak masih ada dalam UMNO. Bukan sahaja di Pahang malah di seluruh negara. Susah nak buang tabiat ini sebab selagi kita bergelar manusia, perasaan hasad dengki tetap akan ada. Cuma diharapkan diperingkat pucuk pimpinan dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Jangan tersalah memilih calon. Nanti bukan sahaja parti tergadai malah agama islam, bangsa melayu dan negara kita ini juga akan tergadai kerana dek kerakusan pembangkang sekiranya mereka menang PRU kelak.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Yuseri Yusoff said...

UMNO tak salah... individu yg ada dlm UMNO tu yg salah. Jenis gila kuasa. Kita cah aje keting mereka ni. :p

Anonymous said...

TAK KIRA BN ATAU PR MESTI ADA BAB2 CAH KETING. TP KLU BN MASIH X BLAJAR DR PENGALAMAN LALU, SIAP JE SEDIA LERR..ANUWAR TAU LPAS NI DIA X PERLU NK BERSUSAH PAYAH NK MENJUBOR SECARA SEMUNYIK2 SBB DIA TAU BN HANCUR DARI DLM...ADOIYAIIII