Geng Bas Sekolah

October 6, 2011

Chin Peng SIhat Walafiat


Jutawan Perak Koon Yew Yin telah bertemu dengan Chin Peng di Bangkok dan mengesahkan bahawa laporan akhbar yang mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai tenat adalah tidak benar.

"Kedua-dua gambar membuktikan bahawa Chin Peng masih hidup," kata Koon dalam satu kenyataan melalui e-mel hari ini.

Koon berkata beliau bercuti di Bangkok dengan rakannya Yap Lim Sen, yang kebetulan adalah kenalan keluarga lama Chin Peng.

Apabila dimaklumkan mengenai kesihatan Chin Peng, Yap mengaturkan satu majlis makan malam dengan bekas pemimpin komunis itu di Hotel Novotel pada Ahad lalu.

Koon melaporkan bahawa Chin Peng masih rindu untuk kembali ke Malaysia untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan masih mengikuti perkembangan semasa negara ini.

"Di bawah dasar 1Malaysia, Chin Peng berharap kerajaan akan membenarkan beliau untuk kembali ke negara ini untuk membuktikan tiada dendam disimpan terhadap PKM kerana kedua-dua pihak menentang musuh kolonial yang sama.

"Ia juga akan menjelaskan salah faham dan tanggapan serta putar belit yang telah melanda pemahaman kita di masa lalu dan meletakkan persediaan asas untuk perpaduan kaum dan solidariti," kata Koon.

Beliau juga melahirkan rasa kebimbangannya mengenai polarisasi kaum yang semakin melebar dan berharap kerajaan akan menunjukkan belas kasihan dengan membenarkan Chin Peng kembali ke negara kelahirannya.

Koon adalah pengasas IJM Corporation, Gamuda Bhd dan Mudajaya Group Bhd dan juga seorang dermawan.

Beliau pernah cuba untuk menderma RM30 juta untukpembinaan asrama pelajar Universiti Tunku Abdul Rahma (Utar) tetapi ditolak kerana universiti itu tidak dapat bersetuju dengan beberapa syarat yang dikemukakannya.


Aku tak ada masalahpun sama ada Chin Peng hidup atau mati. Dan aku juga tak ada masalah kalau sesiapa nak jumpa dia. Itu bukannya satu dosapun waima Nik Aziz nak jumpa dia sekalipun. Tapi kalau nak benarkan dia balik, itu aku tak setuju. Bukan aku anti dia. Dan akupun tak ada apa apa dendam peribadi dengan dia. 

Cuma sekadar menghormati perjuangan orang melayu dahulu je. Ramai orang melayu yang terbunuh kerana menghalang cita cita gila dia dahulu jadi memang wajar dia tidak patut dibenarkan menjejak kaki semula ke Malaysia. Kalau dibenarkan, maka sia sialah perjuangan orang melayu dahulu.

Koon Yew Yin tu jutawan Perak. Wow !! sapa kata orang cina tertindas kat Malaysia?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

ajai62 said...

Assalam Bro

Harap kerajaan 1Malaysia tak layan permintaan komunis ni... Komunis yang ada kat Malaysia sekarang ni pun kerajaan tak boleh nak kawal, apalagi kalau bawa masuk kepala komunis yang paling besar, makan naik tocanglah mereka2 yang menyokong DAP.

Anonymous said...

engko tak setuju?..tu hak ko...
ada aku pedulik,yg pasti dia akan dtg ke msia sebelum mati ,tungguuuuu