Geng Bas Sekolah

September 28, 2011

Tribute To Gothic





Walaupun aku tak kenal team ni tapi saja baik hati post kat sini sebab aku dulupun Gothic juga. Cuma sekarang dah aku dah tukar pada Emo. Emopun tak ada menonjol sangat penampilan. Lagipun faktor kerja dan usia juga membataskan aku nak berfesyen gila gila macam dulu.


Walaubagaimanapun jiwa aku tetap sama macam dulu. Jiwa gila gila remaja. Dulu teruk kena kutuk dengan orang ramai sebab fesyen gila gila. Nak pulak ramai yang pandang rendah pada budak underground. Tapi kami tetap tak mengalah. Biarlah apa orang lain kata asalkan kita tak menggangu orang lain. Kalau nak kira Gothic dan Emo lagi ok dari Punk dan Skin.


Punk dan Skin fuck sistem terus. Atau kata lain memang terang terang anti Kerajaan, anti moral. Aku dulu geng juga dengan budak Skin. Memang gila. Skin NAZI dengan semangat Malay Power. Kalau dulu si Namewee tu ada, dah lama dia makan buku lima. Tapi bukan semua budak Skin dengan Punk tu jahat. Semua bergantung pada hati masing masing.

Oklah aku malas nak buka cerita lama. Aku tak malu mengaku dahulu aku dalam scene Gothic dan aku bangga. To all Gothic dan Emo yang kat luar sana, teruskan perjuangan. Support each other.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

CAYA LAHHHHH >< SOKONG GILAAAA DGN APA YANG DI KATA KAN TU!