Geng Bas Sekolah

September 28, 2011

Teruskan Perjuangan Menentang Dinasaur

Kebanyakan golongan muda, termasuk dari sektor swasta dan awam membantah cadangan melanjutkan umur persaraan pekerja swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang.

Mereka menyifatkan usaha itu sebagai mengarut, menyekat peluang kenaikan pangkat, meningkat kadar pengangguran, masalah sosial dan jenayah serta memperlihat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), badan yang diamanah untuk menjaga simpanan lebih lapan juta pencarum, tidak mempunyai wang dan mempunyai agenda sendiri.

Menaikkan kadar umur persaraan juga bagi mereka dilihat memberi lebih banyak kesan negatif kepada ekonomi negara berikutan produktiviti tenaga pekerja lanjut usia semakin menurun dengan kerajaan dan pembayar cukai terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi.

Sehubungan itu, mereka menggesa golongan berkenaan meluangkan sisa masa yang ada bersama keluarga dan ibadat harian.

Seorang pembaca, Ghazali Hussin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melayan kehendak golongan berkepentingan termasuk KWSP, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menyokong usul berkenaan yang jelas menjejas peluang golongan muda mendapat peluang kerja atau kenaikan pangkat.

Kesian anak-anak muda, ada ijazah tapi tidak dapat peluang kerja. Datuk Seri Najib jangan ikut sangat sambung umur persaraan, ia ada kesan pada pengundi muda pada PRU-13 nanti.



Had bersara sepatutnya ditetapkan pada usia 55 tahun. Kalau dilanjutkan ianya akan menjejaskan perkembangan sektor pekerjaan terutama melibatkan generasi muda.

Kita mesti lawan habis habisan. Rapatkan saf dan tegakkan keadilan untuk kita. Kita harus berjuang untuk survival kita sendiri. Jika kita terus membiarkan mereka menekan kita, kita akan menerima kesannya dan seterus ianya akan berlanjutan kepada anak cucu kita.



Bukan melancar peperangan
Hanya berjuang keadilan
Berilah aku kebebasan
Kehidupan yang diimpikan

Perjuangan
Ini bagaikan
Pertempuran
Peperangan

Perjuangan
Kebebasan
Keadilan
Kan ku teruskan

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: