Geng Bas Sekolah

September 27, 2011

Realiti Hudud - Nik Aziz Terdiam


1. Pertama, kita tidak sepatutnya bercakap hanya mengenai perlaksanaan hudud. Islam adalah addeenul hayyah - jalan kehidupan. Islam ada banyak cabang; antaranya muamalat, munakahat, jinayat dan lain-lain. Didalam bab jinayat pulak, dipecah kepada antaranya hudud, qisas & ta'zir. Sebab itu Haji Hadi pernah buat kenyataan perlaksanaan hudud tidak menjadi keutamaan Kerajaan PAS Terengganu kerana hudud hanyalah 0.0001% sahaja daripada Islam!!!

2. Kedua, kita perlu ingat didalam negara ini, berdasarkan Artikel 74 dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal-ehwal Islam adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Persekutuan. Kalau pun Kerajaan Persekutuan hendak melaksanakan sistem perundangan jinayat Islam ia tidak boleh laksanakannya. Oleh itu adalah satu kejahilan yang melampau bagi mereka yang menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana gagal melaksanakan hudud dan lain-lain. Kerajaan Persekutuan tiada bidangkuasa untuk melaksanakannya walaupun jika ia mahu.

Satu isu sampinagn yang teman tertarik nak komen disini ialah mengenai respon Kerajaan negeri dibawah pakatan pembangkang dan pemimpin mereka. Ini termasuk YAB Datuk Seri Azizan yang menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kedah tidak akan melaksanakan hudud kerana PAS berkongsi kuasa dengan parti cauvinis dan rasis biaDAP & PKR. Kerajaan PKR Selangor tolak terus, mereka tegas tidak akan laksanakan hudud. Khalid Samad, Dzulkifly Ahmad dan lain-lain kepimpinan PAS jelas menyatakan bahawa PAS tidak akan laksanakan hudud tanpa persetujuan biaDAP & PKR.

Yang peliknya, kalau kenyataan macam ni dibuat oleh pimpinan UMNO, cepat mereka akan dikapiorkan yop. Sedangkan kenyataan YAB PM & TPM jelas, mereka mengakui hudud (dan lain-lain) adalah hukum ALLAH, cuma belum boleh dilaksanakan kerana realitinya UMNO berkongsi kuasa dengan parti bukan Islam saperti MCA, Gerakan, MIC dan lain dinegeri-negeri yang diperintah UMNO. Jadi apa beza kenyataan YAB PM & TPM dengan kenyataan YAB Datuk Seri Azizan dan lain-lain. Lebih teruk kenyataan YAB MB Selangor yang tolak terus, tetapi kaum Anwarinas dan Koonyet:2 tak pulak menkafirkan mereka!

Jadi yop, daripada kupasan diatas, jelaslah sebenarnya tanggungjawab kepada perlaksanaan sistem perundangan jinayat Islam ini terletak kepada bahu Kerajaan PAS Kelantan sendiri, bukannya Kerajaan Persekutuan. Dan daripada kupasan diatas, kita dapat melihat bahawa perlaksanaan sistem perundangan jinayat Islam ini bukan boleh main cakap kososng sahaja, ianya datang dengan tanggungjawab. Dan ia memerlukan masa untuk membuat persediaan yang mencukupi. Cuma persoalan yang kita nak tanya yop, apa Kerajaan PAS Kelantan buat selama lebih 20 tahun memerintah Kelantan ni yop?

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan PAS Kelantan juga wajib memastikan kebajikan dan maslahah rakyat dijaga. Prasarana pembangunan, pendidikan, pekerjaan, sistem keluarga dan banyak lagi perlu dipersiapkan. Jangan nanti kita menghukum rakyat dengan rejaman batu sampai mati kerana berzina, tetapi kita pula menyokong dan mendokong pemimpin jenis itu (termasuk yang jantan disapu, yang betina dibalun). Jangan kita memotong tangan rakyat kerana mencuri, tetapi pemimpin yang mengebas (termasuk bini kawan sendiri) terlepas, malah dibela lagi. Jangan kita memancung kepala rakyat yang murtad, tetapi menyokong dan membela pemimpin yang mengamalkan fahaman sesat (saperti pluralisma, syiah dan lain-lain).

Baca selanjutnya disini


Ini bukan aku tulis tapi ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Zulkifli Noordin. Puak tegar PAS fikirlah sendiri. Akupun dah malas nak cerita pasal Hudud lepas ni. Boring sebab motifnya tetap sama iaitu Nik Aziz nak undi orang melayu. Itu saja.

Nik Aziz salahkan UMNO dan Tun Mahathir sampai ke tahap kafir. Tapi kenapa dia tak kafirkan Nizar, Husam, Din Pudu, ostad Azizan dan Khalid GapGap? Sebabnya mudah saja. Permainan politik. Politik yob politik!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

AKU X BLEY BYGKAN BILE PASANGAN KAFIR DAN ISLAM DI CEKUP BERKHALWAT ADOIYAIIII