Geng Bas Sekolah

September 18, 2011

Pimpinan UMNO Selangor Terkencing Hancing


Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak melaksanakan program 'syok sendiri' seterusnya memberi laporan tidak tepat tentang bacaan politik di sesuatu kawasan sehingga menjejaskan usaha merampas kembali Selangor daripada pembangkang.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, mereka perlu memastikan program yang dijalankan menepati strategi meraih sokongan rakyat terutama pengundi muda yang bakal mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jangan kita syok sendiri...apabila buat program Juara Rakyat, (laporan dibuat) kami ada perhimpunan 300 orang dan kesimpulannya program berjaya. Kemudian laporan dihantar ke ibu pejabat, diproses serta dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Siapa 300 orang itu, saya sudah tahu. Sudah 35 tahun dalam politik, saya tahu permainannya. Anda tahu apa yang saya tahu, saya tidak pakai laporan seumpama itu, tetapi kalau 300 itu bukan ketua cawangan dan penyokong tegar atau yang dahulu menentang kita, itu berbaloi,".

"Bagi laporan (semua) putih, kalau kelabu jangan kata putih, kalau hitam jangan kata kelabu, mesti beritahu betul-betul. Kalau program itu bukan sahaja output tetapi outcome. Laporan macam dulu tidak boleh pakai lagi sebaliknya dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur," katanya.

"Kita rasa kita cukup kuat tetapi kalau laporan kita betul, kita tidak akan kalah di Selangor kerana jika ada laporan tepat kita boleh buat tindakan pemulihan. (Sebaliknya) Kita tidak buat (laporan tepat) kerana rasa tidak mungkin kalah, itu rangka pemikiran kita bahawa tiada siapa fikir kita akan kalah di Selangor," katanya.


Syabas DS Najib. Jangan biarkan diri terpedaya dengan janji manis pembodek tu semua. Dorang tu apa tahu. Cuma gila rebutkan harta dunia. Dorang ingat jawatan dan projek tu semua boleh tolong dorang dalam kubur ke nanti. Dorang dah mampus nanti baru sedar semua tu tak boleh tolong dorang dah.

UMNO Selangor kalau nak menang, kenalah berubah. Ini dah akhir zaman. Kiamat boleh datang bila bila masa je. Kalau nak menang, jangan baling taik sesama sendiri. Kalau tak, jangan haraplah nak rampas balik Selangor daripada pembangkang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

8 comments:

Otak Geliga said...

Like ur comment....hehe...mana2 pemimpin UMNO/BN yg kaki bodek terajang ja DS Najib....mereka ni menyemak ja dlm kepimpinan UMNO

mereka ni bukan winnable candidate tp loserable, kalahlable, bodeklable....buat malu UMNO ja.

Malaysian News today said...

Dear tuan, saya mengaitkan laman web anda.Saya berharap

anda tidak keberatan untuk menghubungkan saya kembali.
ini laman web sayahttp://mal

aysiannewstoday.blogspot.com/


Malysiannewstoday: Terima kasih..

Jeepers Creepers said...

geliga: betul tu..bukan di selangor saja tapi diseluruh negara.kita perlu bersihkan UMNO daripada orang macam ini.

Jeepers Creepers said...

malaysian: ok bro

Anonymous said...

UMNO KENA PIJAK DI BUMI NYATA. BKN MASA UTK TERUS TERAWANG2 DGN KEMENANGAN PRK LALU. TAKDE MASA UTK NAK MEMBODEK ATAU BESAR KEPALA TAPI MASA UNTUK BEKERJA LEBIH DARI BIASA HUHUHUHU

Anonymous said...

saya dah penat dengan penipuan ketua bahagian umnoi ni...ingatkan dah kalah diselangor akan berubah..tapi masih dok tang tu gak...honestly kami penduduk puchong indah dah bosan dengan satim ..semua janji palsunya dari dulu samapai sekarang tak habis habis....kami juga yang kena tipu..janji nak bagi itu nbak bagi ini..tapi habuk pun tarak...saya dengar orang puchong indah 1/ 2 takkan undi satim kali ini..dengar cerita dia janji nak bagi rm5000 duit kemah bagi deposit rm2000 masyarakat tu dah beli kemah guna duit sendiri dulu..tunggu yang rm3000 tu dah masuk 2 tahun masih satim tak bayar..memang dasar pembohong...sikap berpuak puak mereka juga tak pernah berubah..tengok jer lah satim bawa haluan lain..timbalannya si raden pun bawa haluan lain..macam mana nak perintah selangor?..satim pun la ni dah bukan main aktif nak cuba pertahan tempat ker..sudah lah kami tka mahu satim dah 4 penggal..kat sini dok tolong kroni dia saja..belah lah satim...dulu ada ggp blog..la ni dah senyap .,.tak tau apa jadi..dengar cerita mereka akan bergerak dengan PAS..dan akan mendedahkan banyak penipuan satim...kita tunggu jer lah...

Jeepers Creepers said...

jeff: rakayt nampak BN kena kerja keras tapi adakah pemimpin BN nampak? itulah masalahnya

Jeepers Creepers said...

anon: terima kasih diatas pendedahan yang diberikan.

sekiranya saudara ada maklumat, bolehlah diberikan kepada blogger slangor seperti gomo, gap dan darulehsan today.