Geng Bas Sekolah

September 17, 2011

7000 Pro Yahudi Zionis Kembali Ke Pangkal Jalan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 borang permohonan daripada bekas penyokong pakatan pembangkang untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau menerima borang tersebut yang diserahkan oleh beberapa wakil bekas penyokong pembangkang dari kawasan Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Bukit Jalil, Ijok dan Petaling Jaya pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN “Sirih Pulang ke Gagang” di sini.

Mereka adalah bekas penyokong pakatan Pas-DAP-PKR pada 2008 tetapi kini telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang memerintah Selangor kini serta telah mengambil keputusan menyokong BN.

Najib ketika berucap pada majlis tersebut menyifatkan tindakan mereka sebagai mencerminkan tahap keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan BN dapat dipulihkan sejak pilihan raya umum 2008.

Sambil berterima kasih di atas sokongan mereka terhadap BN, Najib berkata :

“Saya rasa amat terharu atas persetujuan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyokong BN kerana kita berhasrat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat lagi utuh kerana kestabilan politik merupakan akar tunjang kepada masa depan negara kita.” - Bernama


7000 orang tu hehehe. 7000 bukannya sikit sikit anak. Kalau sorang pakat bagi aku seringgit, senang senang aku dapat RM7 ribu ringgit. Boleh pergi umrah tu hehehe. Tapi satu aku nak ingatkan, jangan terpesona dengan angka 7 ribu tu. Kalau Nik Aziz bolehlah dikelentong tapi kita orang UMNO ni kena cerdik sikit.

7 ribu tu bukannya semua akan keluar mengundi. Dan 7 ribu itupun belum tentu semua 7 ribu akan undi BN nanti. Jadi DS Najib kena teruskan bekerja keras. Jangan percaya sangat kata kata pegawai / menteri yang membisikkan madah pujangga bahawa BN tiada masalah.

Kalau ada pegawai / menteri yang cakap BN tak ada masalah, DS Najib tolong azankan kat telinga dorang ye. BN sebenarnya memang banyak masalah. Nak tahu masalah, DS Najib kena turun tanya rakyat sendiri. PRU 13 nanti adalah medan peperangan terakhir yang menentukan survival negara Malaysia. Please dont trust anybody.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

4 comments:

Otak Geliga said...

aku tgh tunggu pengumuman barang/minyak turun harga dr PM ni.....baru gempaq....silap2 bukan 7000 tp 70,000 join BN.....hehe

Jeffry said...

BTUL LE BRO..BN PENAH 'TERKENA' DAN LALUI PENGALAMAN LALU. SEPATUTNYA KNE LBEY BERHATI2 DI MASA AKAN DTG. APA PUN KITA TUNGGU JEK PRU13. BTOL KE DPT DI TERJEMAH DGN KEMENANGAN? HUHUHUHU

YB Raz said...

otak: aku pun hahaha

YB Raz said...

jeff: kita dah kena dengan pengundi cina dulu..depan PM dorang cakap sokong..last last undi juga dap. sebab tu kita kena hati hati..ramai munafik akhir zaman ni.