Geng Bas Sekolah

September 10, 2011

Menteri Bersilat Kuntau Mengelak Masalah


Alahai... apalah nasib kerajaan hari ini, selepas satu-satu 'bala' menimpa, bermula dengan Astro yang ingin menaikkan kadar yuran langganan sebanyak RM15 sebulan pada bulan Jun lepas kini pihak telekomunikasi pula mencetuskan 'bala' terbaru buat kerajaan pimpinan Najib Tun Razak.

Tindakan Astro yang kononnya melaraskan harga langganan mereka berkuatkuasa pada 11 Julai 2011 yang lalu sebenarnya sudah membuatkan kerajaan dilihat tidak popular dan gagal mengatasi beban yang dihadapi oleh pengguna.

Malah SKMM yang berada di bawah Datuk Seri Utama Rais Yatim juga gagal mengatasi kehendak 'gila' Astro tempoh hari. Alasan pihak SKMM pada waktu itu adalah "Perkara berkenaan sememangnya dalam perhatian kami" dan "SKMM masih berbincang dengan Astro".

Dek kerana mendapat bantahan rakyat, menteri bertanggungjawab tampil dengan aksi 'garang' memberi kata dua kepada pihak Astro, tapi yang seronoknya pihak Astro juga tampil menyatakan bahawa mereka mendapat kelulusan daripada SKMM dan arahan kabinet adalah tidak sah.

Baca Selanjutnya Di Sini


Hahaha sekali lagi para menteri kat Malaysia berpeluh peluh cuba menyelamatkan periuk nasi mereka. Isu caj Astro disenyapkan. Last last pengguna tetap juga kena bayar lebih hahahaha. Dan sekarang lagi satu bala datang menimpa. Caj 6% dikenakan pula untuk pengguna prepaid. Semua gara gara syarikat telco yang diterajui oleh orang kafir kaya yang semakin gilakan harta dunia. 

Inilah dunia yang mementingkan materialistik. Terlalu beri muka pada golongan kaya, akhirnya Kerajaan dah tak dapat nak kontrol mereka. Tengoklah macam mana Kerajaan nak selesaikan isu ni. DS Najib awal awal dah buka langkah kuntau undur 10 tapak kebelakang bila dia cakap :
“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.”

“Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,”
Hahahaha senangnya cakap. Kerajaan lupa yang mengundi mereka adalah orang orang miskin, bukannya orang kaya ni. Orang kaya ni apa mereka peduli. Menjadi daftar pemilihpun tidak. Kalau negara ni jadi huru hara, senang senang je dorang cabut keluar negara. Akhirnya yang tinggal kita ni yang miskin ni haa.

Lepas ni bolehlah ramai ramai terjun bangunan SPRM hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

anak melayu said...

aku pun dah bosan, meluat, menyampah dengan kerajaan yang bacul.kerajaan semua nya tiada tindakan... kalau takat nak ikut arus tak payah jadi pemimpin la...makan gaji buta haram tanggung seisi keluarga.

YB Raz said...

anak melayu: tahu takpe..kalau dah menteri tuding jari pada orang lain, apa guna ada kerajaan lagi kat negara ni.