Geng Bas Sekolah

September 26, 2011

Hudud, Nik Aziz, DAP - Izinkan Selamanya Namamu Dihati

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat. Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.

Menurut laporan Star Online hari ini, Lim menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan. Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.


Semakin berserabut pembangkang jadinya. Semua gara gara PRU yang dah hampir tiba. Nik Aziz macam dah jadi tabiat, bila PRU dah dekat mulalah mulut tu lancang je sebut Hudud. DAP cakap nak keluar dari Pakatan kalau Nik Aziz masih tak sihat. Masih lagi terpekik terlolong menjerit Hudud. DAP malu beb dapat geng macam tu hehehehe.

Kalau betullah DAP nak keluar Pakatan, aku syorkan lagu ni untuk puak PAS. Korang boleh nyanyikan ramai ramai depan Lim Guan Eng hehehehe.



Selamat sejahtera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

Urusan melaksanakan hukum Allah ( hudud) terhadap orang2 Islam Malaysia perlu mendapat kelululusan MCA, Gerakan, DAP, MIC, PPP ke? Mana hak asasi kebebasan mengamalkan prinsip2 agama anutan oleh setiap rakyat Malaysia? Atau hak orang2 Melayu/Islam saja yang boleh dicabar?

Hak orang2 bukan Melayu/Islam tak boleh disentuh? - Bahasa, Kebudayaan , Agama, Perniagaan - . Inilah kesilapan dan dosa UMNO yang menerima kontrak sosial yang berat sebelah dari penjajah British yang memihak kepada kaum pendatang China & India sebelum ini! UMNO mengadaikan Tanah Air & kongsi kuasa kepada bangsa asing untuk Merdeka?- Sekarang orang Melayu terpaksa tunduk menyembah bukan Melayu & menjadi kuli Cina dalam sektor ekonomi & perniagaan!

Sudah tiba masanya pentafsiran kemerdekaan di semak dan diadili semula - segala bebanan bawaan penjajah British perlu diserah kembali kepada British dan segala hasil mahsul yang dirompak oleh penjajah British/Jepun/Siam serta pampasan ganti rugi penderitaan rakyat Malaya perlu dituntut kembali!

“Bangsa Merdeka Bermaruah”