Geng Bas Sekolah

September 25, 2011

Menjelang PRU


PM cadang bonos dan kenaikan gaji lumayan tentu mengembirakan mereka yang disektor awam. (Baca sini) Namun saya tetap terkilan kerana nampaknya masih tiada pembelaan terhadap mereka yang berkerja sendiri dikampung-kampung. Ketika peneroka FELDA menerima itu dan ini, penduduk kampung tradisi masih dicengkam kepayahan hidup. Mungkin kerana undi mereka kurang bererti atau pihak kerajaan menganggap bahawa mereka bukan dari kalangan yang memprotes dan memberi masalah kepada kerajaan, justeru mereka dipinggirkan. - BH

Beruntung sungguh SRJKC dan SMJKC mendapat durian runtuh. Dari Perlis sampai ke Sabah semua sekolah Cina akan dinaik taraf. Begitu juga dengan sekolah tamil. Cuma yang rugi sikit ialah sekolah tamil tak ada diperingkat menengah.. - TP


Apabila menjelangnya PRU, akan muncullah kedua dua cerita ni. Cerita ini bukan hikayat dongeng tetapi cerita benar. Cerita yang melibatkan orang yang masih hidup dan telah meninggal dunia.

Sebagai Kerajaan yang memerintah, Kerajaan meleburkan? wang yang banyak kepada kakitangannya. Supaya dapat undi. Bagaimana denga nasib rakyat seperti mereka yang bekerja swasta, bekerja sendiri (petani / nelayan) ? Adakah Kerajaan tidak memerlukan undi mereka?

Kerajaan juga meleburkan? wang yang begitu banyak untuk sekolah sekolah cina / india untuk mendapatkan undi tetapi dalam masa yang sama Kerajaan melaungkan supaya rakyat Malaysia bersatu sebagai satu bangsa sahaja. Dan sekolah Wawasan yang dicanang dahulu bagaimana sudahnya? Ataupun ianya sudah sekadar tinggal kenangan wawasan sahaja?

Pelik Kerajaan leburkan wang untuk sekolah cina / india. Nak suruh budak sekolah mengundi ke hehehehe

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: