Geng Bas Sekolah

September 23, 2011

Hudud - Chua Soi Lek Takut Bersunat


Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek (kiri) berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan. "Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara.

"Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang.


Hahaha MCA dengan Gerakan dah berpeluh jantan. Biasalah suku sakat DAP ni mesti goyang bila dengar Hudud. Kalau MCA dan Gerakan taknak join BN, tak apalah itu hak masing masing. Semua orang boleh datang dan pergi. Tak ada paksaan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

AHHH MANGKUK TAPIS LA APEK KONGKEK TU!..NK NGUGUT2 LA PLAKK..APE DIA INGAT DIA BOS BESAR KE PERR? NAK IKUT MCM WALLY SLIPAU??..PIRAHHHH MABOKK..APE JASA DIA SELAIN MENGONGKEK CHINADOLL??..HARKKK PTUIHHH!!!..BUAT MALU ORG JOHOR JEK!