Geng Bas Sekolah

September 23, 2011

JAKIM Sahkan Hantu Bonceng Halal, Nasi Lemak 2.0 Bila Lagi?



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.

Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.

"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Mstar


Ok semua sudah selamat. Korang boleh tonton filem Hantu Bonceng sebab dah dapat sijil halal. Mana mana pihak yang masih tak puas hati boleh failkan saman pada JAKIM ye hehehehe. Nasib baik aku tak hentam dulu filem ni. Kalau tak malu wooo hahahaha.

*pelik bila cakap bogel depan hantu tu tahyol tapi percaya undi PAS masuk syurga itu bukan tahyol juga ke hehehehe*

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: