Geng Bas Sekolah

September 21, 2011

Cikgu Puaka


Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak yang tidak dibenar menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana dianggap lemah, dibenar menduduki peperiksaan itu dalam tempoh empat minggu lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil meluahkan dukacita terhadap pentadbiran sekolah terbabit yang menyekat hak tiga murid iaitu Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi menduduki UPSR, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, setiap pelajar yang mendaftar mengambil peperiksaan awam, mesti diberi peluang menduduki peperiksaan itu.

“Sama ada murid itu cemerlang, kurang cemerlang atau lemah, itu soal kedua. Hak dia untuk ambil peperiksaan tidak boleh disekat atau dihalang oleh pentadbir sekolah.

“Cikgu tidak benarkan saya ambil ujian kerana cikgu kata saya tak pandai. Setakat ini keputusan terbaik saya hanya C, sebab itulah saya dikurung,” kata Idie Ganhyol, 12, seorang daripada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor yang tidak dibenarkan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atas atasan lemah.

Idie bersama dua rakannya, Edward Ujoh dan Richmend Mangi, dikurung dalam bilik pemulihan sekolah itu bagi menghalang mereka daripada menduduki UPSR kerana bimbang prestasi keseluruhan sekolah akan menurun.

Mereka dikurung mulai jam 8 pagi hingga tengah hari dua hari berturut-turut, pada 13 dan 14 September lalu.

Edward pula berkata, gurunya turut memaklumkan dia juga tidak boleh menduduki UPSR kerana terlalu lemah dalam pelajaran, sebelum mengurungnya bersama dua rakannya.


Celakanya cikgu. Inilah manusia jenis pentingkan pujian sehingga sanggup menganiaya orang lain. Sejak aku sekolah dulu, setiap hari isnin waktu perhimpunan Pengetua sekolah mesti membebel pasal ranking sekolah. Kononnya sekolah akan dianggap hebat kalau prestasi pelajar cemerlang waktu PMR dan SPM.

Sudahnya kami dikerah macam lembu tengah sawah. Semuanya gara gara Pengetua dan guru yang gila mengejar ranking terbaik. Bila sekolah dapat ranking terbaik, Pengetua dan gurulah yang mendapat habuan. Kami para pelajar dilupakan terus.

Budaya sekolah terbaik sebenarnya mendatangkan kesan jangka panjang kepada pelajar sekolah. Bukan sahaja pelajar malah ada guru yang tertekan. Pengetua hanya duduk goyang kaki je kat pejabat. Dia bukan turun mengajar murid murid kat kelas. Yang dia tahu prestasi sekolah naik setiap tahun. Bila menurun mulalah salah guru dan pelajar.

Aku hormat kepada guru dan Pengetua yang baik dan bertimbang rasa. Tetapi untuk mereka yang gilakan nama, jangan haraplah aku nak hormat.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: