Geng Bas Sekolah

July 26, 2011

Perokok Itu Kafir


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat bercanggah pendapat mengenai hukum merokok apabila satu pihak mengatakan ia makruh manakala satu pihak lagi memfatwakannya sebagai haram.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha, perbuatan merokok adalah makruh selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan atau mengganggu kesihatan para penghisapnya.

Namun katanya, hukum merokok bertukar haram apabila perbuatan itu jelas mengganggu kesihatan atau mendatangkan kemudaratan kepada orang yang mengambil bahan itu.

“Pengharaman rokok tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dan khinzir sebab arak dan khinzir jelas diharamkan dalam al-Quran dan hadis tetapi bagi rokok tidak ada.

“Ulama berselisih pendapat dalam pengharaman rokok dan ia lebih kalau mendatangkan mudarat,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Penyampaian Sumbangan dan Pelancaran Ihya Ramadan Peringkat Kebangsaan di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.

Dalam pada itu, Abdul Shukor berkata, fatwa pengharaman rokok telah lama diwartakan oleh majlis tersebut iaitu sejak 1995 dan ia kekal sehingga sekarang.

Katanya, pengharaman itu berdasarkan tiga sebab iaitu merokok membahayakan kesihatan para penggunanya, mendatangkan kemudaratan kepada orang di sekeliling perokok serta alam sekitar dan perbuatan tersebut menjurus kepada pembaziran. - Utusan Malaysia


Akhir zaman ni semua manusia tahu yang merokok itu mendatang kemudaratan kepada diri dan orang lain. Jadi mengapa masih ada Ulama yang tidak mahu bersetuju bahawa merokok itu adalah haram? Arak diharamkan didalam Al Quran sejak dulu lagi. Dan seiring dengan kemajuan teknologi, umat islam kini tahu mengapa arak diharamkan kerana ianya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Begitu jugalah dengan rokok. Dengan bantuan sains dan teknologi, umat islam kini tahu dan sedar bahayanya rokok kepada diri dan masyarakat. Jadi sudah jelas dari hukum syarak ianya boleh difatwakan haram. Dan di Pahang merokok sudah difatwakan HARAM.

So kalau merokok tu, baik korang makan sekali babi panggang. Dah benda haram sama jekan untuk orang yang merokok tu.

Aku Anti Rokok



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: