Geng Bas Sekolah

July 26, 2011

PAS Handal Menipu Orang Islam


Pembohongan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mengenai insiden kononnya beliau dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis pada 9 Julai lalu, membuktikan parti itu kini cukup profesional dalam membohongi rakyat demi meraih simpati.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya muncul sebagai pelakon politik terbaik, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, begitulah rupa bentuk pemimpin masa hadapan Pas, yang sanggup menghalalkan apa sahaja demi kuasa.

"Saya ucapkan tahniah kepada Mat Sabu (Mohamad) kerana muncul sebagai pelakon terbaik politik sehingga beliau mendapat simpati daripada penulis-penulis media maya yang percaya dengan lakonan itu. Inilah rupa bentuk pemimpin masa depan sebuah parti kebajikan.

"Beliau tokoh profesional yang diketengah untuk berkombinasi dengan ulama. Ternyata profesionalisme Mat Sabu (dalam berbohong) adalah contoh terbaik mengenai kepimpinan Pas sekarang," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini, hari ini. - Utusan Malaysia


Hehehehe PAS memang handal dalam tipu menipu. PAS juga banyak membela hantu yang digunakan bila tiba pilihanraya. Sebab itulah PAS yang paling kecoh dalam isu pengundi hantu. Taknak kantoi, mereka tuduh orang lain dulu hehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

INGAT ZINA, INGAT PAS
INGAT FATWA MERAPU, INGAT WALLY SLIPAU
INGAT MAT SABU, INGAT KEPALE LUTUT..KEHKEHKEH

Anonymous said...

hanya norma yang kenal mat sabu