Geng Bas Sekolah

July 25, 2011

PAS Bandar Tun Razak Langgar DAP


Pemimpin UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bandar Tun Razak hari ini mengadakan demonstrasi aman bersama 200 penduduk bagi mendesak pihak berkuasa menutup sebuah premis judi siber di kawasan berkenaan.

Difahamkan premis itu sudahpun beroperasi sejak dua bulan lalu dan apa yang dikesali penduduk, kegagalan pihak berwajib untuk mengambil sebarang tindakan walaupun telah banyak aduan dibuat.

Antara yang menyertai demonstrasi itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar, Yang Dipertua Pas Kawasan Bandar Tun Razak, Md. Shukor Aziz dan wakil peribadi kepada Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Hazman Abidin.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Rizalman berkata, kesepakatan hari ini didorong kebimbangan mereka terhadap kesan premis judi kepada golongan remaja.

"Saya mewakili penyokong UMNO di kawasan ini, bersama-sama penyokong Pas dan PKR membantah sekeras-kerasnya operasi premis judi siber haram ini.

"Penduduk di sini buntu setelah pihak berkuasa gagal mengambil apa-apa tindakan untuk menutup premis ini walaupun beberapa kali aduan di buat," katanya.

Sementara itu, Hazman berkata, isu kemasyarakatan itu seharusnya dipandang serius semua pihak tanpa fahaman politik berbeza untuk bekerjasama.

"Jika kami tidak mengambil sebarang tindakan hari ini, dikhuatiri percambahan pusat judi haram ini berterusan di sini," katanya.

Baca selanjutnya disini


Fuyoo PAS dengan PKR pun join UMNO langgar pusat judi. Taiko besar DAP tak cakap apa apa ke? Ni mesti DAP tak tahu. Lepas ni tak pasal pasal Hj Hadi kena menghadap Lim Kit Siang nak minta ampun hehehehe.

Anyway tahniah lah sebab berani bertindak. Jangan jadi macam kat Kedah. Cakap bergegar tapi bila kena sound dengan DAP, terus senyap sunyi hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: