Sambil membidas kegagalan Pas itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam merupakan satu lagi detik hitam kepada agama Islam.
Beliau yang kesal dengan perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim menegaskan, tindakan sewenang-wenang sekutu Pas itu memetik hadis nabi tanpa beriman kepada kenabian Rasulullah, adalah biadab serta menghina kesucian agama Islam.
"Jangan hanya kejar kuasa politik semata-mata. Sekali sekala jenguk-jenguklah rakan seperjuangan agar Islam tidak menjadi bahan politik. Apakah pemimpin Pas yang melaung-laungkan mereka kalangan ulama sudah lupa atau demi kepentingan politik sanggup membiarkan perkara itu berlaku.
"Seingat saya, ini bukan kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah sudah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran. Bukankah akidah itu terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya ketuhanan, keduanya kenabian dan ketiganya sami'yat.
"Dalam konteks ini, mereka yang membacakan hadis nabi itu perlu beriman dengan nabi. Kalau tidak beriman bagaimana mereka mahu percayakan hadis berkenaan. Beriman dahulu baru boleh baca hadis nabi,"
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar daripada Sidang DUN Selangor oleh Speker, Datuk Teng Chang Kim, setelah beliau mempertikaikan tindakan Suee Lim yang dikatakan cuba mempersendakan Islam.
Tambah Muhammad Yusoff, teguran keras beliau terhadap pemimpin Pas adalah bertujuan untuk memastikan agama Islam terpelihara dan bukannya dijadikan bahan mainan atau objek politik semata-mata demi kepentingan sesetengah pihak.
Semua ini adalah berpunca daripada pakcik Anwar dan Nik Aziz. Kerana mereka berdua yang memberikan "lampu hijau" kepada orang kafir untuk menghina islam, Rasullulah s.a.w dan Allah s.w.t. Terlalu banyak dosa mereka berdua kepada umat islam, Rasullulah s.a.w dan Allah s.w.t
Di dunia ini mungkin mereka boleh terlepas tetapi di akhirat mereka tidak akan terlepas. Kepetahan berkata kata pakcik Anwar di dunia ini nanti langsung tidak berguna di akhirat kelak. Tawaran syorga Nik Aziz, lambang bulan dan nama PAS juga langsung tidak berguna satu senpun. Karpal whilcar, Guan Eng, Ambiga dan geng geng kafir mereka juga tidak mampu menolong lagi. Malah mereka dipaksa meniti titian Sirat sehingga semua dihumban terus ke dalam neraka Jahannam dan mereka akan kekal selama lamanya didalamnya.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
5 comments:
PERGHH KLU ASRI DENGAR NIH MESTI DARAH DIA MENYIRAP MCM AIR SIRAP BROO. DIA CUKUP ANTI KAT ULAMA YANG LEBIH HEBAT DARI DIA. MAKLUM LAA ULAMAK WAHABI KHAWARIJ KEHKEHKEH
Tanda tanda akhir zaman.selamat beramal.Hanya Allah maha mengetahui.
nanti akan keluar alasan bodoh dari pas. apa salahnya baca hadis. baca hadis kan sama mcm baca buku. baca Quranpun boleh, sbb tu ramai org kafir gunakan Quran sebagai rujukan. inilah alasan bodoh & standard yg akan digunakan utk halalkan perbuatan gampang dari sekinchan tuh.. aku nk tanya/pesan sikit je. adun sekinchan tu dh beriman ke kpd Islam sampai dia nk mewajarkan hujah2nya dlm dun tu dgn memetik hadis? kalau setakat suka2 konon memahami budaya melayu, dgn beranggapan melayu ni suka kalau apa yg dia buat diikuti oleh bangsa lain, pas Islam & pkr Islam kena betulkan. itu namanya main2 dan mempermain2kan agama Islam. kalau anda setuju, anda sedang menjahanamkan agama sendiri. sepatutnya adun pas Islam & pkr Islam yg tidak setuju dgn adun sekinchan tu turut keluar persidangan. bukan atas kapasiti parti, tp kapasiti agama yg dianuti. hassan ali, apa cerita kamu? setuju ke hadis dipetik sewenang2nya oleh bukan Islam?
hadis ble dibaca org kafir sbb jumhur ulama sendiri brpendapat hadis blh diambil oleh org kafir ketika mendengar hadis tersebut ttp orang kafir tidak blh meriwayatkan hadis melainkan dia Islam. membaca hadis x termsuk meriwayatkan jd tidak ada salahnya. lagipun ape yg dibaca cuma terjemahannya. sy bkn nk cbr Dr.Muhammad, sy hrp beliau bwkkn nas yg melarang org kafir membaca hadis n terjemahannya..kalo x slh Umar al Khattab mse sblm Islam pernah pegang n bce Quran,bkn ke al Quran lbh suci dr hadis..
apalak...pok nik kan boleh kompom sorga...dia & the gang buat apa pun sorga kompom punye.....mereka & k'ga mereka kan ke maksum!!!ahak..ahak..nak gelak skitt....
Post a Comment