Pendakwah antarabangsa, Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar berkata, jika wujud pihak yang merasakan ‘suara permasalahan’ mereka tidak didengari, maka keutamaan adalah mendengar ‘suara’ Allah dan pesanan Rasulullah SAW.
“Dengan nama Allah dan Rasulullah SAW, saya rayu umat Islam di negara Islam yang paling indah di dunia ini agar jangan keluar berarak di jalan raya menuntut apa sekalipun. Sebaliknya sebarang permintaan perlu melalui cara bijaksana seperti mana diperintahkan Allah.
“Jumpa ketua dan beritahu masalah untuk dibincang, inilah yang diperlukan. Tetapi kalau membelakangi pemerintah, sama dengan meninggalkan Allah, Rasulullah SAW, al-Quran dan hadis. Keluar ke jalanan dipengaruhi dan dipandu oleh syaitan,” katanya. - Utusan Malaysia
Mula mula merusuh. Lepas tu bom sana sini. Sampaikan orang solat di masjidpun dibomnya macam yang berlaku di Pakistan, Iraq dan Afganistan. Adakah ini yang dimahukan oleh pembangkang terutama PAS? Adakah ini dinamakan demokrasi? Adakah ini dinamakan perjuangan islam?
Sedar sedarlah. Semua ini permainan politik pakcik Anwar semata mata. Permainan untuk melepaskan dirinya daripada kes liwat, permainan untuk menjadikan cita citanya itu satu realiti. Permainan hendak menjadikan Malaysia sebagai negara boneka yahudi zionis.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment