Geng Bas Sekolah

July 31, 2011

Berita Baik Sempena Ramadhan Al Mubarak


Alhamdullilah Ramadhan datang lagi. Semoga kita semua mendapat kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah ini dan mendapat keberkatan dariNya.

Sempena kemuliaan Ramadhan ini, aku mengisytiharkan "gencatan senjata" terhadap puak puak politik pelampau dinegara ini. Insyaallah selama sebulan aku tidak akan menulis apa apa mengenai politik, atau lebih tepat tidak akan mengutuk mana mana ahli politik pembangkang. Lantak koranglah nak buat apa. Aku nak cuti selama sebulan dari cerita cerita politik. Taknak tambah dosa kering dibulan puasa ni hehehehe.

Selamat mengerjakan ibadah puasa. Pok Nik tolong tengok tengok pakcik Anwar tu. Tarik telinga dia kalau dia malas berpuasa hehehehe.

Pada bulan ini Allah menurunkan banyak rahmat. Siapa yang tidak mendapat rahmat pada bulan Ramadhan maka orang itu termasuk orang yang celaka, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, Allah meliputi kalian di dalam bulan tersebut, rahmat diturunkan, dosa-dosa dihapuskan, dan doa-doa dikabulkan. Allah melihat kalian semua berlomba-lomba di dalam bulan ini, maka Dia merasa bangga terhadap kalian dan para malaikat. Maka perlihatkanlah segala macam kebaikan diri kalian di hadapan Allah. Sebab orang yang celaka adalah orang yang terhalang mendapatkan rahmat Allah pada bulan tersebut.” (Riwayat Ath-Thabrani)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

6 comments:

Tieah Madian said...

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak.. Semoga kita sama sama diberkati oleh-Nya..

Golden Rose said...

memang banyak sgt fadhilat Ramadhan sebab tu bulan ini merupakan bulan terbaik dalm Islam...moga Ramadhan kali ini memberikan manfaat kpd kita

Anonymous said...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK BROO. SEMOGA AMAL IBADAH KITA DI TERIMA DI BULAN YANG BERKAH NI..AMINNN

Jeepers Creepers said...

tieah: selamat berpuasa hehehe

Jeepers Creepers said...

golden: selamat berpuasa hehehe

Jeepers Creepers said...

jeff:Amin..selamat berpuasa hehehe