Geng Bas Sekolah

June 17, 2011

Ulama Bisu @ Ulama Syaitan Kepanasan

  

Hari tu Utusan Malaysia ada keluarkan satu kartun yang mengguriskan hati puak PAS. Mana taknya, jelas kartun tu membuka aib puak PAS.

Oklah puak PAS aku fahamlah dorang meroyan sebabnya dorang ni menolak islam. Tapi bertambah lawak bila ada pulak Persatuan Ulama yang tiba tiba meroyan sama. Padahal sebelum ini mereka ini langsung tidak berbunyi apabila DS Najib difitnah. Apabila Pakcik Anwar dan Nik Aziz bersetuju pihak Kristian mempergunakan kalimah ALlah s.w.t dorang senyap sunyi.

Ini apabila puak PAS dicuit dengan kartun, mereka melatah kebirah birahan. Ada yang kata Persatuan ini pro PAS (klik sini) dan (klik sini). So bila dah pro PAS tu korang sendiri fahamlah. Wal Harammu Wal Halalku. Itulah cogankata PAS hehehehe.

Baca sini apabila PAS dan Persatuan Ulama dihentam kerana mereka itu Ulama Bisu

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Al A'raf 175:176)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: