Geng Bas Sekolah

June 23, 2011

Tips Nak Blog Popular


Kalau blogger taknak jadi glamor, itu bukan blogger namanya. Tak kiralah sama ada korang blogger syok sendiri, blogger politik ataupun blogger jual barang, mesti korang nak blog korang jadi popularkan. Nak pulak yang jenis cari makan guna blog.

Akupun bukanlah popular macam blogger Yuyu Zulaikha atau Dhatieku tapi sedikit sebanyak ramai dah yang anti aku ni. Nak pula bila aku kutuk kaw kaw dalam fb. Lawak dowh tengok gelagat orang taksub politik ni. Kena kutuk sikit terus emo menggila. Macamlah Anwar atau Nik Aziz tu bagi dia makan bela dia dari kecik sampai beriya nak backup orang tua berdua tu hehehehe.

Ok berbalik pada benda aku nak cakap, macam mana korang nak tarik pembaca ke blog korang. Mula mula niat tu kenalah betul. Biasanya kalau blog bercorak peribadi ni memang susah sikit nak popular. Sebabnya orang bukan pedulipun kalau korang bukan artis kan.

Lainlah kalau korang cun macam Yuyu Zulaikha atau Hanis Zalikha tu lain cerita. Ini muka macam Syamsol Ketot baik tak payah buat blog bercorak peribadi.

Kedua, blog tak payahlah berat sangat dengan lampu kelip kelip ataupun lagu satu album. Gambarpun janganlah terlalu besar saiz ia. Cukup sedap mata memandang sudah. Sebabnya kalau blog berat sangat, orang akan rasa menyampah nak datang.

Ketiga elakkan ada popup windows dalam blog. Ada sesetengah blogger yang suka pasang aplikasi yang bila kita klik je blog, keluar popup windows. Aku cukup pantang benda ni. Kalau blogger tu aku tak kenal, memang aku tutup je blog dia. Menyemak je popup windows ni.

Keempat kenalah rajin melawat blog lain. Lawat tu pun bukan lawat kosong. Tinggalkan komen barulah tuan blog tahu yang korang ada datang kat blog dia. Setakat datang jadi silent reader, macam mana nak suruh blogger lain datang balik blog korang kan.

Kelima tak aktif dengan mana mana kumpulan blogger. Kenalah kenal kenal dengan blogger lain. Dari seorang korang akan kenal sorang lagi lepas tu dan lagi dan lagi dan lagi. Kalau ada masa cuba korang join segmen BEN ASHAARI. Brader ni rajin promote blogger baru.

Tu jelah panduan yang boleh aku beri. Kalau korang tanya mana mana blogger otaipun, jawapan dorang lebih kurang sama juga. Yang penting usaha sendiri. Buat cerita yang terbaik dan jangan lupa blogwalking. Hanya tu jelah cara nak tarik orang ke blog korang tu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

6 comments:

Tieah Madian said...

dhatieku tu url blog lah cik abang oi.. Panggil tieah je.. Hahaha..

1. Blog peribadi yang dok cerita pagi dia bangun lewat lah, kena tinggal bas lah, lupa gosok gigi lah, konfem aku tutup terus! Hahaha.. Sape nak baca??? Mungkin bf/gf dia je kot.. Yeah! Kalau blogger cantik konfem orang masuk blog dia even dia cerita dia tak mandi pagi.. Hahaha..

2. Widget banyak sangat memang menyampah.. Aku dulu camtu gak memula je lah.. Pastu sekarang dah insaf.. Tobat.. Hahaha..

3. Yang popup windows tu yang bila kita masuk dia cakap terima kasih sebab datang dll kan??? Pastu kita pun kena klik ok dulu kan??? Memang annoying..

4. Blogwalking.. Betul tu.. Kadang2 aku geram gak bila yang follow tu tak tinggalkan komen.. Aku lebih suka yang tinggalkan komen baru senang nak jejak.. Yang jadi followers tu,, lambat owh nak bukak profile tu.. Tu yang malas tu.. Tapi aku jarang lah BW.. Line internet tak elok sangat.. Harap kat umah je lah..

5. Kumpulan blogger kat FB lah best.. Hehehe.. Kalau nak,, cari group saya punya blog.. Boleh ping kat situ..



Entry Terbaru : Penyelesaian Isu Laman Web Disekat

Tieah Madian said...

Aku bukan blogger femes lah.. Muka pun tak lawa cam blogger pompuan yang lain.. Hahaha..



Entry Terbaru : Penyelesaian Isu Laman Web Disekat

Jeepers Creepers said...

dihatieku tu bukan nama erkkk sory hehehehehe..ko femes gak dowh..sekali komen masuk sampai 20 30 orang..kalau sorang bagi singgit,perghh kaya tu.

Shacklesmith said...

biar kte xtunjuk mke sbenar pun xper klu x ensem.. janji isi dan informasi ade, sronok dibaca n tepat!! ;)..

yg penting biar kte blogging ade passion!! bwu owg nmpk kte bsungguh2 blogging

Jangan lupa Usha2 : Terjemahan Kelakar Mandarin to Indonesian!!

Jeepers Creepers said...

shack: betul tu bro..terima kasih kerana datang :)

Shacklesmith said...

ur welcome dude ^^