Geng Bas Sekolah

June 18, 2011

Sumbat KJ Dalam ISA


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,Pemuda UMNO akan berdepan tindakan sekiranya mereka meneruskan cadangan untuk mengadakan satu lagi perhimpunan pada 9 Julai ini. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata, tiada sesiapa pun yang melebihi undang-undang dan mereka perlu berhadapan dengan polis seperti orang lain.

"Nasihat saya adalah sama kepada setiap orang dan seperti yang saya nyatakan di Parlimen, polis melihatnya (perhimpunan haram) sebagai satu isu keselamatan. Saya berpendapat apabila menyentuh perkara itu ia tidak kira jika saya bekas Ketua Pemuda atau tidak. Pemuda perlu berdepan apa jua akibat atas tindakan mereka, seperti apa yang saya hadapi semasa menjadi Ketua Pemuda,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan delegasi Australia dan wakil Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM).


Yaa memang elok KJ ditangkap dan disumbat dalam ISA. Bodoh melantun lantun. Yang kotor nanti nama UMNO juga. Lantaklah puak PAS nak bertempur dengan polis. Yang si KJ nak heret UMNO sekali buat apa. Orang terjun longkang, kau pun nak terjun longkang. Bodoh.

Pemuda UMNO, PERKASA sibuk nak demo sekali. Yang rugi yang bodoh akhirnya orang melayu. Cina dengan india yang cerdik pandai langsung tak rugi apa apa. Mereka gelak bertepuk tangan lihat orang melayu bergaduh sesama sendiri.

Sedar sedarlah orang melayu weii.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

8 comments:

zari said...

Payah...
Kalau KJ dok diam nanti dikatakan pulak dia lembik.

Kali ni aku setuju ngan KJ. Lagi baik kalau bertembung.Barulah depa fikir 2 3 kali kalu nak buat demo lain kali.

Sepatutnya, bila pembangkang nak buat demo, Pemuda UMNO pun buat demo lawan. Macam kat Mesir hari tu.

Jeepers Creepers said...

zaki: Kj lembik? kepentingan sendiri atau kepentingan awam dan negara yang lebih penting?

bila umno tembung bersih, memang macam kat mesir. jadi huru hara. itu yang ko nak?

ghani said...

aku sokong kj..teruskan perjuangan anda....hidup umno..hidup kj

Anonymous said...

Yang heran kenapa PAS sahaja yang berjuang.... tak dak pun DAP, PKR kata nak bawak berapa ramai ahli. Nampak sangat yang berjuang Melayu...terkorban Melayu....sebab Melayu dah habis terkorban .... kemenangan dikecapi puak puak kafir. Kalau betul nak demo.... aku nak tengok kesemua pemimpimpin pemimpin tertinggi di barisan hadapan sekali....ahli ahli kat belakang. Ada teloq ka?

Anonymous said...

Setuju dengan YB Raz sememangnya KJ ni puaka..cakap tak serupa bikin. Pegi suroh pemuda dia (AJK) buat laporan polis dalam masa yang sama nak buat demo bersih. Apa KJ dah giler harapkan dia (pemuda) benteng negara dia pulak menentang sama2 dengan pembangkang. Tangkap KJ dengan AJKnya yang nak berdemo nanti. Janganlah KJ nak drama konon kerana mempertahankan UMNO ini sebenarnya untuk ego dia dan politikal mileagenya supaya boleh lagi jadi ketua bodoh dengan kroni2 kapitalisnya yang berkepentingan peribadi bukan kerana bangsa atau agama. Porrrah. Hypocrite.!!!

Jeepers Creepers said...

ghani: sokong membawa rebah hehehe

Jeepers Creepers said...

anon 11.30: ahli pas kan senang diperalat.semuanya disebabkan tarbiah pemimpin pas sendiri.

nak pemimpin dibarisan hadapan? jangan mimpilah hehehehe

Jeepers Creepers said...

anon 12.54: betul tu.dah buat report polis sudahlah. biarlah polis yang selesaikan.

nak suruh pas ikut undang undang tapi pemuda umno sendiri nak langgar undang undang. macam tu?