Geng Bas Sekolah

June 18, 2011

Musuh Negara Perlu Dihapuskan

Mantan AJK PAS Kawasan Batu Kawan Mejar (B) Jaafar mempengerusikan mesyuarat tersebut yang dihadiri lebih kurang 40 orang terdiri daripada AJK PAS dan ahli ahli PAS Cawangan Kebun Sireh.Mejar Jaafar menegaskan mereka akan tetap meneruskan agenda mereka walaupun titah Tuanku Mizan agar dihentikan dan dalam masa yang sama mereka turut mengatur calon calon untuk pilihanraya masjid.

Tujuannya hanya satu,Mejar Jaafar mahu kesemua calon AJK Kariah Masjid mestilah terdiri daripada ahli ahli PAS.Walau apa cara sekali pun beliau mahu semua masjid dikuasai oleh PAS maka mereka harus menumbangkan siapa saja yang menghalang niat mereka terutamanya AJK Kariah yang berbeza ideologi politik.- Pisau.net


Semalam Yang DiPertuan Agong telah mengeluarkan titah perintah agar pilihanraya masjid dihentikan. Tetapi masih ada pengkhianat agama yang berdegil mahukan ianya diteruskan. Niat mereka hanya satu, menghancurkan syiar islam dengan menawan masjid. Apabila masjid dikuasai mereka, mudahlah umat islam diperalatkan oleh orang kafir.

Harap pihak berkuasa dapat siasat perkara ini. Sekiranya benar ada yang masih berdegil, sila tangkap mereka. Usahkan biarkan agama dan negara tergadai disebabkan mereka.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

ISA KAN JEK..DEGIL KEPALE BATU MMG SUSAH NAK AJAR. MAKIN KUAT KUANG HAJAR!..HARKK PTUIHH!!

Jeepers Creepers said...

jeff: nak isa kan siapa hehehehe