Sejak akhir akhir ini aku sudah jarang mengemaskini blog ini. Bukan ketandusan idea atau cerita tetapi meneliti semula perjalanan hidup ini. Tujuan utama aku menulis blog ini adalah untuk melawan propaganda dan fitnah pembangkang kepada Kerajaan dan negara Malaysia.
Sepanjang aku berblogging, adakah tulisan blog ini membawa kebenaran dan menyedarkan rakyat Malaysia ataupun hanya membawa fitnah dan dosa kepada aku. Yang lebih penting, adakah penulisan aku di Malaysia Heaven boleh membantu aku ataupun menjadi beban di akhirat kelak.
Inilah yang sedang aku fikirkan. Akhir akhir ini aku meneliti Hadis dan ayat Al Quran didalam isu membuka cerita atau aib seseorang. Dan juga membaca pandangan ulama ulama berkaitan isu ini. Ada yang berkata harus untuk mengelakkan umat islam terjerumus kedalam kehancuran. Ada juga yang tidak membenarkan sama sekali.
Secara jujur, aku juga tidak menyenangi cara sesetengah blogger mendedahkan aib seseorang. Tetapi disebabkan orang itu terlalu celaka untuk dibiarkan maka aku pejamkan mata. Insyaallah aku akan tetap menulis cuma mungkin tidak lagi sekerap dahulu dan cuba menulis dengan bahasa yang lebih lembut.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
3 comments:
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. YANG KABUR DI JELASKAN. YANG KUSUT DI LERAIKAN. BERJUANG MENEGAKKAN APA YG KITA PERCAYA DARI PENGLIHATAN, PENGETAHUAN DAN KEPERCAYAAN DALAM DIRI KITA SENDIRI. SELEBIHNYA HANYA ALLAH YG TAHU >:D
Matlamat menghalalkan cara.. Selalu dengar orang kata begitu kan??? Tapi adakah matlamat kita untuk kepentingan semua atau hanya untuk diri sendiri.. Jika jawapan untuk semua maka secara automatiknya apa yang kita buat itu adalah untuk kebaikan bersama.. Namun,, memang ada pro dan kontra tetapi semua bergantung pada nawaitu masing masing.. Betul tak??? Yang membenci memang akan sentiasa ingin menjatuhkan tetapi bagi yang menyukai akan terus menyokong.. Apa apa pun perbetulkan niat menulis.. Jika kita tidak pasti kesahihan berita itu,, jangan sebarkan.. *Senyum* Tak perlu kata apa apa.. Hehehe :)
Entry Terbaru : SPRM Siasat Ketua Menteri Sarawak Berhubung Kes Balak
Terima kasih diatas nasihat korang berdua :)
Post a Comment