Geng Bas Sekolah

June 21, 2011

Lelaki Pahang Kekurangan Wanita

Golongan lelaki di Pahang kini berhadapan saingan dengan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan dan pasangan hidup berdasarkan penemuan awal banci penduduk dan perumahan Malaysia yang terbaru. Dalam banci yang dilakukan pada tahun lepas itu, nisbah lelaki tempatan berbanding lelaki warga asing di Pahang adalah 13:1 iaitu bagi setiap 13 lelaki tempatan terdapat seorang lelaki warga asing.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, bilangan warga asing memberi implikasi daripada segi persaingan lelaki di Pahang untuk mendapatkan pasangan mahupun pekerjaan sekali gus memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan.

Katanya, ia ditambah pula dengan bilangan lelaki dalam umur perkahwinan iaitu 20 hingga 34 tahun di negeri itu ialah 198,600 orang berbanding 188,900 wanita.

"Bancian yang dijalankan tahun lepas juga menunjukkan lelaki di Pahang melebihi wanita pada nisbah 113:100 iaitu satu angka yang melebihi paras nasional pada 105:100. Berdasarkan bilangan sebenar, terdapat 759,587 orang lelaki dan 683,778 wanita di Pahang," katanya selepas menyampaikan taklimat Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara di sini hari ini. - Utusan Malaysia



Aduss teruknya. Inilah akibatnya terlalu banyak pendatang asing tanpa izin kat Malaysia ni. Tapi kadang kadang boleh juga salahkan wanita. Sebabnya yang dorang pergi kawin dengan pendatang asing tu buat apa. Bila dah hidup susah pandai pulak minta tolong dengan Kerajaan.

Bagi aku benda ni takde hal sangat. Dalam FB berlambak pompuan. Pilih je mana nak hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

AISEYMENN..INGAT KN DULU WANITA DAH TERLEBEY DARI LELAKI. SKANG LLAKI LEBEY DR WANITA PLAK...WA WA WA..TP BAGUS GAK. LLAKI ADE BYK PILIHAN HEHEH

Jeepers Creepers said...

jeff: tau xpe kekekeke