Selain itu, katanya, kedai tersebut juga bakal menjual pelbagai barangan yang dibungkus semula dalam kuantiti kecil bagi membolehkan pengguna membelinya pada harga rendah, mengikut keperluan mereka.
“Barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung dan lampin pakai buang akan dipek dengan jenama ‘Kedai Rakyat 1Malaysia’. Setakat ini, terdapat 250 barangan telah dijenamakan dengan jenama itu. Harga barangan itu disasarkan lebih murah 30 hingga 50 peratus daripada barangan biasa di kedai-kedai lain. Matlamatnya adalah untuk membantu golongan miskin di bandar,” katanya dalam sidang akhbar di sini, baru-baru ini.
Mydin merupakan syarikat yang diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada pengubahsuaian kedai, membekal barangan selain menyediakan kakitangan dan sistem urus tadbir. Mengenai kualiti barangan tersebut, Ameer Ali berkata, pihaknya tidak sesekali akan berkompromi tentangnya, apatah lagi penubuhan kedai itu bukan bermatlamat mencari keuntungan.
“Kedai itu tidak menyediakan barangan berjenama. Biasanya produk berjenama mahal mereka terpaksa menanggung kos iklan. Ia dibuka bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk membantu rakyat kurang berkemampuan di bandar,” katanya. - Utusan Malaysia
Selama ini rakyat Malaysia tertipu dengan kenaikan harga barang runcit. Semua kenaikan berlaku adalah kerana permainan licik peniaga dan pemborong yang sengaja menekan Kerajaan dengan menaikkan harga barangan.
Mereka ini bukan sahaja tamak malah berniat jahat mahu menjatuhkan Kerajaan yang sedia ada dan mengangkat musuh islam untuk menerajui negara ini.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
4 comments:
kdg² yg lebih menyakitkan hati apabila org melayu sdr bersekongkol dgn kafir lahanat ni..
sayangnya ketika ini....kita kurang kesedaran untuk memecahkn rantaian pembekalan dr non-muslim sedangkn pembeli utama adalah org2 muslim itu sendiri...kita ketika ini leka untuk berebut kuasa...
reez: tau xpe huhuhuhu
kolognyer: sebenarnya kita boleh buat ekonomi sendiri..dahulu al arqam pernah buat..membuat kedai pencetak, makanan halal dan sebagainya.
sayang al arqam tersesat jalan. kalau mereka berpegang kepada akidah yang betul tak mustahil sekarang umat islam sudah boleh menguasai ekonomi.
Post a Comment