Geng Bas Sekolah

June 30, 2011

Blogger Pro Kerajaan Ada Hati Dengan Anwar Ibrahim?

Gambar Hiasan

Ada satu cerita ni. Cerita ni berkait rapat dengan seorang blogger pro UMNO di Pahang. Kehebatan blogger ni yang menghentam Kerajaan dan UMNO melalui penulisannya memanglah tak boleh dipertikaikan lagi walaupun dia ini kononnya orang kuat UMNO.

Oklah bab dia nak hentam sapa, tu hak dia. Tapi yang menjadi buah mulut masyarakat adalah dia ni dengar khabar ada membuat satu hubungan sulit dengan pakcik Anwar. Bukan hubungan sulit main bontot tapi hubungan sulit bentuk lain.

Pakcik Anwar bukanlah sebaik baik manusia yang ada kat Malaysia. Semua orang tahu siapa dan bagaimana perangai sebenar orang tua bernama Anwar Ibrahim ini. Cita cita dan nafsunya cukup tinggi. Malah pegangan akidahnya juga boleh diragui.

Mengapakan seorang yang mengaku dirinya pemimpin UMNO tetapi sanggup bersekongkol dengan musuh agama, bangsa dan negara ini? Orang sebegini boleh diibaratkan sebagai "gunting dalam lipatan" ataupun "duri dalam daging". Disaat DS Najib mahukan UMNO bangkit dan berubah, masih ada pemimpin yang mahu menikam dan membunuh UMNO dari dalam. Semuanya kerana tamakkan harta dan kuasa.

Harap sebelum PRU yang akan datang, semua pemimpin UMNO yang berniat jahat dan mementingkan diri sendiri seperti orang ini perlu disingkirkan terlebih dahulu. Ingatlah kesultanan melayu Melaka dahulunya tumbang kerana sikap tamak dan khianat orang dalam. Jika tidak mahu menerima nasib yang sama, UMNO perlulah dibersihkan daripada orang seperti ini.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Jeffry said...

TU DIA DH PEGANG SENAPANG NAK BUNUH UMNO DARI DLM LA TUUU HUHUHUHU

YB Raz said...

jeff: tau xpe kekekeke