Geng Bas Sekolah

May 24, 2011

UDA Holdings Bhd Menghina Orang Melayu!

Pengurusan UDA Holdings Bhd. diminta supaya jangan membohongi rakyat kononnya tiada syarikat bumiputera yang mampu membangunkan Penjara Pudu kecuali syarikat hartanah dari China.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, berdasarkan maklumat, terdapat lima syarikat bumiputera yang layak serta mempunyai keupayaan dan kepakaran.

Pada masa yang sama, beliau juga mendesak pengurusan UDA Holdings supaya jangan menghukum syarikat bumiputera lain hanya kerana kegagalan projek Bandar Wawasan dan Plaza Rakyat di ibu negara.

"Saya dimaklumkan lima buah syarikat bumiputera ini bukan sahaja mempunyai pengalaman tetapi juga berkemampuan dari segi kepakaran dan modal. Jadi kenapa syarikat ini langsung tidak diberi peluang.
Beliau mengulas penjelasan Nur Jazlan bahawa UDA Holdings masih belum menemui syarikat bumiputera yang mampu memastikan projek yang bakal dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC) itu tidak akan terbengkalai.

Dalam pada itu, Musa menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera campur tangan dalam isu terbabit bagi mengelakkan syarikat bumiputera terus dianak tiri oleh UDA Holdings.

Katanya, jawapan Nur Jazlan bahawa syarikat China berpotensi besar dipilih hanya kerana kerana mereka memiliki modal menunjukkan syarikat milik kerajaan (GLC) itu tidak berminat untuk membantu syarikat bumiputera. - Utusan Malaysia

Celaka pengurusan UDA Holding ni. Tak habis habis nak kayakan orang cina. Inilah salah seorang pengkhianat orang melayu. Dah dapat jawatan tinggi, kepentingan dan maruah orang melayu digadaikannya. Akupun harap DS Najib campur tangan didalam hal ini. Mengapa projek negara Malaysia perlu diserahkan kepada syarikat luar negara malah diberi kepada bangsa cauvinis dan rasis.

Cukup cukuplah ekonomi negara dipegang oleh bangsa ini. Janganlah projek membangunkan negarapun hendak diberi kepada orang luar.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: