Geng Bas Sekolah

May 24, 2011

Anwar Ibrahim Sakit Jiwa


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir meradang ketika diajukan soalan berhubung kontroveri melibatkan satu rakaman video lucah yang didedahkan oleh trio Datuk T pada Mac lalu. Isu berhubung seutas jam tangan yang dikatakan telah diambil daripada lokasi rakaman video berkenaan merupakan antara perkara yang sering menjengkelkan Anwar terutama ketika ditanya wartawan.

Tegas Anwar, beliau tetap berpeluang menyerang balas dan bukannya bersikap defensif semata-mata.
Bagi Anwar, isu berhubung video lucah ini tetap melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan beliau tidak akan memberi laluan mudah kepada perdana menteri itu. - malaysiakini

Kalau difikirlah secara rasional, apa kaitan DS Najib dengan video seks pakcik Anwar ni? Langsung tak ada. Tapi orang tua ni tak habis habis kaitkan DS Najib dengan masalah dia. Nampak sangat jiwa orang tua ni tak tenang langsung. Ada sesuatu yang menggangu jiwa dia. Malah boleh dikatakan pakcik Anwar dah mendapat penyakit paranoid dengan DS Najib.

Inilah kesan yang diterima oleh orang yang suka memfitnah, menipu, berzina dan pengamal hubungan seks songsang. Walaupun secara luaran kehidupannya nampak mewah, berjaya tetapi dia mengalami suatu penyakit jiwa. Hidupnya sentiasa tidak tenang dan tidak mendapat keberkatan. Tiada sinar Nur diwajahnya walaupun dia digelar pemimpin Al Kahfi oleh puak PAS.

Benarlah kata Karpal Wilchar dahulu. Anwar Ibrahim harus bertaubat

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: