Keputusan yang dicapai oleh mesyuarat Majlis Presiden MCA pada Jumaat lalu sehingga kini masih tidak mendapat respons daripada kaum Cina. Mereka hanya mengambil pendekatan berdiam diri. Reaksi yang ada hanyalah daripada pemimpin parti pemerintah dan pembangkang. Respons mereka, mungkin hanya boleh ditafsir daripada sokongan kepada MCA dalam pilihan raya sebelum ini.
Kaum Cina sentiasa mahukan hasil yang berfaedah kepada mereka dan kadang-kadang bertindak mengikut emosi jika ia tidak diperolehi. Mereka sudah pasti akan menyokong mana-mana parti yang boleh membawa manfaat kepada kaum itu.
Bagi orang Cina, tiadanya wakil MCA dalam Kabinet tidak akan membawa apa-apa perbezaan kerana wakil parti itu yang berada dalam kerajaan selama ini dilihat tidak benar-benar memperjuang dan mempertahankan masyarakat Cina.
Hakikat ini adalah jelas apabila sokongan mereka kepada calon MCA sejak beberapa tahun dahulu semakin menurun.
Ada sesetengah pihak menganggap keputusan Majlis Presiden MCA hanya bertujuan mengugut masyarakat Cina, iaitu jika calon parti itu kalah, tiada lagi wakil kaum berkenaan dalam kerajaan. Apa yang dibuat oleh MCA itu hanya akan menyebabkan masyarakat Cina semakin tidak berpuas hati.
Ini kerana, masyarakat Cina berharap dengan berkurangnya sokongan kepada MCA, parti itu akan insaf dan meningkatkan kembali prestasi perkhidmatan mereka kepada kaum itu. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila MCA mengugut kaum itu semata-mata untuk meraih undi.
Dalam pada itu, masyarakat Cina bukan sahaja tidak berpuas hati terhadap MCA malah mereka juga mempunyai perasaan sama terhadap Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh UMNO.
Sikap pemimpin UMNO yang turut menyokong keputusan Majlis Presiden MCA dengan memberi pilihan kepada pengundi kaum Cina supaya memilih DAP atau MCA, menyebabkan perasaan tidak puas hati kaum itu semakin bertambah. Jangan lupa kekalahan MCA, BN juga bertanggungjawab.
Kepala abah kau. Kalau dah MCA tak berguna, kenapa nak salahkan BN pulak. Kau tak puas hati dengan parti bangsa kau sendiri, apasal kau nak seret UMNO. Kami orang melayu langsung tak heran dengan MCA. MCA nak terlentang, nak terlungkup, tu dia punya pasal.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
3 comments:
NANYANG SIYAL PAU KE SIN CHEW JIT PAU KE HAPE KE DIORANG SAMA JEK BROO. BAPAK SEGALA RASIS!. BILA TAK TAU NAK RAIH KEPERCAYAAN KAUM SENDIRI MULA LA SLHKAN ORG LAIN. SURUH ORG LAIN BUAT KEJE UTK DIA..PALOTAK DIA LAH HARKK PTUIHH!!
mmg macam siott jee..isk...dorang rasis xpa..org mlyu rasis sibokkk gilaaa
jeff: puak ni memang patut dilabel rasis secara terang terangan.
lalink: tau xpe
Post a Comment