Geng Bas Sekolah

May 7, 2011

Gerakan Nasrani Bermula - Peperangan Diakhir Zaman

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.
"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu. - Utusan Malaysia
Benda ni aku dah tahu semalam. Nak masukkan dalam blog tapi aku ada banyak pula kerjanya. Tak sangka pulak keluar dalam Utusan Malaysia hari ni. Kalau dah keluar dalam akhbar, Kerajaan kenalah siasat betul betul. Sebabnya benda ni melibatkan sentimen agama. Mungkin betul tekaan Utusan dan blogger ni, dan mungkin juga Jeff sial ni betul, perjumpaan paderi ni tak ada kaitan dengan agenda menjadikan kristian sebagai agama rasmi.


Kadang kala kreadibiliti blogger itu perlu disahkan sebelum cerita macam ni disiarkan diakhbar cetak. Sebabnya ianya boleh mencetuskan suasana tidak aman di masyarakat. Mahu menjadikan kristian sebagai agama rasmi, itu adalah kerja gila namanya. Dengan populasi orang melayu islam terramai di Malaysia, adalah mustahil ada pihak yang mahu menukar status agama rasmi persekutuan. 

Dan kalau mereka berkeras mahu membuatnya juga, itu bermakna mereka mahu membunuh dirinya sendiri. Kalau mereka mahu melantik perdana menteri dikalangan penganut kristian juga, boleh dikatakan adalah sesuatu yang mustahil. Sebabnya yang paling tinggi diatas Perdana Menteri adalah Yang Dipertuan Agong. Ingat senang ke lepas jadi Perdana Menteri ni. Walaupun DAP menang majoriti, tak akan ada orang melayu yang rela mereka jadi Perdana Menteri.

KDN perlu segera menyiasat perkara ini. Jangan biarkan ada pihak yang cuba membakar sentimen agama kerana jika ianya sudah berlaku, maka susahlah untuk meredakannya semula.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: