Geng Bas Sekolah

May 9, 2011

Lim Kit Siang Tersentak PAP Kalah 6 Kerusi

Gambar Google

PILIHAN raya umum Singapura pada 7 Mei lalu mengembalikan kuasa kepada parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) tetapi berlaku perubahan besar apabila pembangkang iaitu Parti Pekerja (WP) memenangi enam daripada 87 kerusi Parlimen yang ditandingi.

PAP memenangi majoriti 81 kerusi, termasuk lima kerusi yang menang tanpa bertanding tetapi kemenangan pembangkang tahun ini merupakan yang terbesar dalam sejarah negara pulau tersebut sejak meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1965.

Antara anggota PAP yang menang tanpa bertanding ialah pengasas bersama PAP dan bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew, 87.

Pegangan undi keseluruhan kerajaan PAP juga dilihat semakin menurun dari 75 peratus pada 2001 kepada 67 peratus pada 2006 dan hanya 60 peratus daripada dua juta pengundi untuk 2011.

Tahun ini, pembangkang turut bertanding di 82 daripada 87 kerusi Parlimen berbanding hanya 47 daripada 84 kerusi pada 2006 sementara kemenangan terbesar iaitu empat kerusi Parlimen dicatatkan pada 1991. Kebangkitan pembangkang tahun ini dilihat sebagai satu rintangan kepada pentadbiran politik Singapura yang telah menikmati kemuncak kuasa sejak lima dekad lalu.

Walaupun kepimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong masih memegang majoriti besar, kekalahan 'paling teruk' dalam sejarah Singapura itu turut menyaksikan kekalahan seorang pemimpin utama PAP dan Menteri Luarnya, George Yeo.-Utusan Malaysia

PAP bukanlah bagus sangat. Walaupun PAP menang majoriti tapi sebenarnya pembangkang pun tidak lawan bersungguh sungguh. Aku tak faham sangat pasal politik Singapork ni. Dan apa masalah pembangkang sampai bagi PAP menang tanpa bertanding akupun tak tahu.

Bagi aku, kalau pembangkang ni lawan secara agresif, dan tak bagi langsung peluang pada PAP, aku pasti PAP akan kalah teruk. Sebenarnya sentimen pengundi muda di Singapork adalah sama di Malaysia. Pemikiran mereka tidak sama dengan golongan tua yang sentiasa menyokong parti yang lama memerintah.

Misalnya di Malaysia, ramai golongan muda yang menolak UMNO pada PRU yang lepas. Begitu jugalah dengan golongan muda di Singapork. Mereka menolak PAP diatas beberapa sebab seperti halangan media. Mereka tidak selesa dikongkong oleh dinasti Maharaja Lee Kuan Yew. Bagi mereka corak pentadbiran PAP adalah ketinggalan zaman.

Lagi satu, orang melayu disana tak bersatu. Mereka berpecah. Kalaulah orang melayu disana bersatu dan menubuh parti sendiri, mungkin PAP akan terkena badi. Tapi apa nak buat. Pilihanraya dahpun tamat. Anggaplah semua ini sebagai pengajaran. PAP bukanlah parti keramat. Mereka boleh dikalahkan. 

Begitu juga dengan DAP di Malaysia. Kalau semua orang melayu islam bersatu, insyaallah DAP akan kita benamkan kedalam selat Melaka.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

n.ajis kata lee kuan yew pemimpin yang paling suci dan murni. lky adalah satu-satunya pemimpin luar bangsa cina yang terpilih untuk masuk syurga n.ajis

Jeepers Creepers said...

anon: ada lagi..tu lim kit siang anak beranakpun dapat masuk juga hehehe