Walaupun kolej tersebut dicadangkan beroperasi atas nama parti politik, namun orang ramai perlu melihat asas penubuhannya. Ini kerana, parti politik seperti MCA, Gerakan dan MIC turut mempunyai institusi yang sama. Ia sudah menjadi tradisi bagi hampir kesemua parti politik.
Mengulas cadangannya itu, Mukhriz berkata, penggunaan nama UMNO adalah bagi menunjukkan kepada rakyat khususnya golongan bumiputera, akan sumbangan parti berkenaan dalam membangunkan generasi muda.
Cadangan penubuhan kolej UMNO itu juga katanya, lebih menjurus kepada penjenamaan semula usaha yang telah dijalankan oleh pucuk pimpinan UMNO dalam melahirkan generasi-generasi yang berintelektual seiring dengan pembangunan modal insan negara.
"Sudah banyak kolej kemahiran milik bumiputera yang telah diwujudkan di negara ini. Namum, masyarakat melihat penubuhan kolej itu adalah hasil usaha orang lain dan tiada kaitan dengan UMNO secara keseluruhannya.
"Sebab itu, nama UMNO tidak menyerlah dan masyarakat tidak mengiktiraf kewujudan kolej-kolej kemahiran di negara ini yang sebenarnya merupakan hasil usaha dan perjuangan UMNO. Sebab itu kita buat secara langsung menggunakan nama kolej UMNO supaya rakyat tahu sumbangan UMNO dalam memberikan pendidikan terbaik kepada generasi muda di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, langkah itu perlu memandangkan masih ada pelajar bumiputera yang cemerlang namun keciciran daripada menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Katanya, pengajaran dan pembelajaran serta kursus-kursus yang ditawarkan kolej UMNO adalah menjurus kepada kemahiran teknikal dan vokasional yang mana bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir pada masa hadapan.
"Penubuhan kolej UMNO ini adalah usaha murni kerajaan yang ingin membantu golongan muda yang tertinggal atau terkandas dalam pelajaran atau yang tidak berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi supaya diberi peluang kedua dalam bidang kemahiran," katanya.
Mengulas mengenai Yayasan Tabung Pendidikan Bumiputera UMNO, beliau mencadangkan supaya Permodalan Nasional Berhad (PNB) menguruskan dana pelaburan bagi tabung tersebut yang bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan bukan sahaja kepada lebih tiga juta anak ahli UMNO malah turut terbuka kepada semua bumiputera.
Mengenai suntikan dana di dalam tabung tersebut, Mukhriz mencadangkan supaya setiap ahli UMNO membuat tabungan secara bulanan iaitu antara RM1 ke RM10.
"Duit tabungan menerusi yayasan itu nanti bukanlah untuk kegunaan ahli UMNO, tetapi akan digunakan untuk kemudahan anak-anak ahli UMNO yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Untuk membaca selanjutnya sila klik sini
Aku setuju dengan cadangan ini. Cuma satu je aku harap, setiap pelajar yang masuk ke kolej ini hendaklah diperiksa latarbelakangnya terutama ibubapanya. Jangan biarkan anak anak orang PKR dan PAS masuk belajar di Kolej ini.
Tak guna kita membantu anak puak ini kerana dikemudian hari, mereka inilah yang akan menentang dan menghina kita. Buat apa kita menyediakan tempat belajar untuk manusia yang tidak tahu bersyukur. Sedangkan lebih ramai orang yang memerlukan tempat belajar untuk mengubah masa depan kearah yang lebih baik.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment