Geng Bas Sekolah

May 1, 2011

Bahana Bacaan Yassin, PAS Semakin Sesat

KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin Pas perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurut Perdana Menteri, Pas tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada Pas mahu bersendirian atau bergabung dengan UMNO, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha Pas dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung di sini hari ini.
Dengan merujuk pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, beliau berkata, usaha gigih Pas ketika berkempen hanya memberikan keuntungan yang lebih besar kepada DAP.

Menurut Najib, Pas perlu menerima kenyataan tentang ideologi mereka yang jelas bertentangan dengan DAP.
''Dari segi pertimbangan, tak ada makna Pas kekal dalam pakatan rakyat. Soal dia nak bergabung atau tidak, itu soal lain.

''Sebab kalau dalam pakatan, mereka tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kekangan DAP. Dalam banyak isu, DAP akan tetap membuat keputusan jika mereka beranggapan sesuatu yang tak boleh diterima berdasarkan ideologi mereka," ujarnya. - Utusan Malaysia

Walaupun berbuih buih mulut pemimpin PAS mengatakan orang UMNO sesat, semakin banyak kesesatan mereka sendiri yang tersingkap. Walaupun mereka sanggup sembahyang hajat untuk menghancurkan orang UMNO, tetapi yang semakin menemui kehancuran adalah mereka sendiri.

Puak PAS juga telah mengadakan sembahyang hajat kononnya untuk menyelamatkan pakcik Anwar yang teraniaya. Tetapi setelah Allah menunjukkan kebenarannya, puak ini masih lagi tidak mahu menerima kebenaran. Dan semalam sekali lagi mereka mengadakan sembahyang hajat dan bacaan yassin untuk pakcik Anwar.

Dan jika selepas ini kesan bacaan yassin dikembalikan semula kepada mereka, adakah mereka masih mahu bertaubat dan menerima kebenaran? Pakcik Anwar semakin hari semakin kacau jiwanya. Mungkin disebabkan dosa dosanya, mungkin juga disebabkan oleh kesan sembahyang hajat dan bacaan yassin.

Sembahyang hajat dan bacaan yassin bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Sekiranya orang yang diminta supaya diberikan bala itu tidak bersalah, nescaya Allah s.w.t akan mengembalikan bala itu kepada si pemohon. Ingatlah Allah s.w.t itu Maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Malah semua ini adalah ketentuanNya juga.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: