Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.
"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.
"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi. Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.
Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi. Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya.
Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah. - Utusan Malaysia
Memang patutpun orang tua ni sumbat dalam lokap. Akupun pelik sejak mula lagi dari kes ini dilaporkan oleh Saiful. Jika melihat cara orang lain, jika seseorang membuat report polis dia diliwat, secara automatik polis akan menyiasat dan menahan suspek. Tetapi didalam kes pakcik Anwar, orang tua ini dibiarkan bebas berkeliaran diatas muka bumi.
Jika kes lain, dah lama selesai sebab suspek dah ada. Bukti air mani dalam bontot dah ada. Apa lagi nak tunggu. Sebab pakcik Anwar ni orang berpengaruh, sebab tu dia terlepas? Dan apa hak dia untuk menangguh kes sekian lama?
Heyyy bodohlah sistem perundangan negara ni sekarang. Sebab pesalah adalah Anwar Ibrahim, dia dibiarkan bebas berkeliaran. Sebab dia ada nama, ada pangkat, ada harta. Sebab tu dia dibiarkan bebas ye? Dan pesalah lain yang hanya orang miskin, penagih dadah, mat rempit, terus masuk dalam lokap. Sebabnya dia bukan orang politik, bukan orang kaya, bukan orang berpengaruh.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
2 comments:
sepatutnya pasport dia dirampas...penjenayah tapi bebas ke luar negara dan burukkan nama negara sendiri...heran laaa...kalau yang bankrupsi yang hanya hutang ngan bank dirampas pasport dan disenaraihitamkan, tapi si penjenayah ni sorang lepas bebas dalam dan luar negara...hampeh laaaa...ini tidak adil!!!!
Lihat komen di http://waadat.blogspot.com/2011/05/smk-tinggi-melaka-sanjung-penjajah.html
harap dapat sahkan penulis komen tersebut. Email ke cheguman@yahoo.com
t.kasih
Post a Comment