KUALA LUMPUR, 21 April — Seorang bekas pegawai polis kanan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan oleh itu, mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan video oleh “Datuk T” bulan lalu.
Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumput Datuk Mat Zain Ibrahim berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.
Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.
“Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.
“Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka,” katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.
Pengedaran pertama itu berlaku lebih setahun selepas Anwar dipecat daripada jawatan kerajaan dan parti. Dalam surat terbukanya, Zain menambah, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan video seks pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga, yang diedarkan pada 1999.
Pengedaran video seks ini di sekitar Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.
Katanya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. - Yahoo News
Adus sekali lagi batu besar dilempar ke muka pakcik Anwar. Rupa rupanya pakcik Anwar dah buat filem blue pada tahun 1999. Tapi betul ke ni? Untuk makluman, pada tahun 1999, penggunaan internet sebagai medium politik masih belum wujud. Malah internet juga boleh dikatakan sebagai benda asing untuk rakyat Malaysia ketika itu terutama diluar bandar. Jadi kemungkinan besar kalau betulpun ada video seks pakcik Anwar, rakyat tidak akan tahu.
Cuba kalau tahun 1999 dulu, teknologi internet Malaysia sehebat sekarang, aku jamin dah lama pakcik Anwar lari ke luar negara. Tapi tak apalah. Kalau betul video seks 1999 tu wujud, bukan saja pakcik Anwar, malah PKR juga akan dikebumikan bersama.
Mat Syabu pun ada video seks ish ish ish....
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment