Suasana di Sarawak dan semenanjung sebenarnya tidak banyak berbeza terutama dari segi kepercayaan ghaib. Jika disemenanjung, penggunaan bomoh untuk politik tidak pelik malah ada "tok wali" yang turut terlibat dengan urusan politik duniawi. Begitu juga di Sarawak.
“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran,keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri,khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh pada sidang media.
Dakwanya,tiga bomoh berkenaan,seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB,Datuk Awang Tengah Ali Hasan,adik perempuan Tan Sri Abdul Taib Mahmud,Radziah Mahmud dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.
Aku tak mahu mengulas soal bomoh bomoh Sarawak ni. Maklumlah ilmu diorang masih lagi kuat terutama dikalangan penduduk pendalaman. Tapi yang buat aku tergelak adalah membabitkan bomoh antarabangsa. Macam ler dah tak ada bomoh di Sarawak sampaikan Tan Sri Taib Mahmud kena guna bomoh import.
Paling lawak bomoh Australia dan yahudi. Hahahaha teknologi ketenteraan yahudi dan Australia begitu canggih, takkanlah mereka ada pakai bomoh. Kalau orang yahudi ada bomoh power, tak payah susah susah diorang guna jet serang Palestin. Buat je tuju tuju, habis semua orang Palestin mati muntah darah. Lagi senang. Nak bawa kes ke PBB pun susah sebab tak ada bukti.
Nampak sangat cerita ni karut. Kalau nak tuduh Tan Sri Taib Mahmud guna bomoh, tu pakcik Anwar apa kurangnya. Tengok PAS. Jangankan bomoh, tok wali terompah pun dorang guna. Setakat cakap cakap macam ni, nak menipu rakyat ler tu. Ingat rakyat Sarawak bodoh ke.
Insyaallah BN akan menang PRN Sarawak. Kuasa Allah s.w.t adalah lebih hebat daripada bomoh pembangkang Allahuakbar!!
2 comments:
ANUWAR PAKAI BOMOH INTERNASIONAL. SEGALA MCM BOMOH DIA PAKAI. DAH MACAM KOLEKSI BOMOH PLAK KEHKEHKEH
jeff: tau xpe..ntah ntah bomoh gay pun dia pakai hahaha
Post a Comment