Seorang anggota pembangkang yang mempersoalkan kandungan talqin yang didakwanya tidak dapat diterima akal, diberikan "tazkirah" selama 10 minit oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan Isnin.
Rashid Latiff (PKR-Ampangan) dalam soalannya mempertikaikan bacaan talqin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud.
"Bukankah Islam itu sendiri bertitik tolak dari fakta. Apakah silap pihak berwajib dalam hal ini?" kata Rashid dalam soalannya.
Mohamad menjawab : "Sebagai orang Islam, kita kena akui alam ghaib. Alam ghaib tidak boleh dibanding dengan hukum akal dan logik. Bacaan talqin ini pada pandangan saya adalah untuk orang yang hidup macam Yang Berhormat dan bukan pada si mati."
Beliau kemudian mengingatkan wakil pembangkang itu supaya "jangan asyik membeli nombor ekor" dan melupakan hal kematian.
Ketika ini beberapa orang penyokong DAP dilihat tersenyum manakala Mohamad Taufek Abdul Ghani (PAS-Paroi) pula menundukkan muka.
"Saya tahu Yang Berhormat tidak percaya cakap saya kerana saya tidak memakai kopiah dan serban. Hati-hati kalau nak pertikaikan perkara ghaib kerana boleh lari akidah kita. Perkara alam ghaib dan barzakh ini disebut dalam kitab dan hadis...ia menyebut alam barzakh ini sunyi dan penuh dengan ulat dan cacing," kata Mohamad menyebabkan Adun PKR tadi terus terdiam. - Bernama
Inilah namanya bodoh melantun lantun. Cukup biadap mempertikaikan bacaan talqin malah secara terang terang tidak mengaku wujudnya perkara ghaib. Orang macam ni patut dihumban je dari KLCC. Biar kaki judi ni nampak mana tempat dia selepas mati.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
3 comments:
Nasib baik aku bukan yang mengundi dia ni masuk dewan undangan. Memang patutlah dia nie di benam je dalam sawah terbiar kat negori tu, paling tidak boleh dibuat baja. Bangang melantun-lantun bak kata tuan tanah ni memang tepat. Tolong tengokkan dia no kot kot balik sidang dewan nanti dia terhondap-hondap boli nombor ekor, haramjadah suey punya olang!
bro, leh letak x skali nama lagu yg kau letak dlm blog ni? best la lagu2 kau.. hehe..
thanks..
ahmad: calon pkr semuanya pakai tangkap muat je..sebab tu dapat yang suka main judi.
anon: ni lagu perfect two dari auburn
Post a Comment