Geng Bas Sekolah

April 7, 2011

Jam Omega Aku Mana Jah?


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempunyai peluang terbaik untuk menebus maruah suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga dengan melakukan dua perkara penting.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, dua perkara itu adalah menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) Anwar dan jam tangan Omega yang disimpan untuk memudahkan siasatan polis berhubung kes video seks dan dakwaan-dakwaan lain.

Menurut beliau, dengan pendedahan itu, jika terbukti memihak kepadanya dan Anwar, ia bukan sahaja dapat menebus maruah malah, menjadi 'jalan pintas' untuk mereka dan pembangkang 'menjejakkan kaki' ke Putrajaya.

''Kenyataan Wan Azizah dalam sidang akhbar semalam cukup tidak matang kerana polis belum habis siasat pun.

''Dia kena ingat bahawa yang buat laporan polis berhubung isu itu adalah suaminya. Oleh itu, kenyataannya itu tak hormati polis. Saya tak salahkan Wan Azizah untuk memilih kesetiaan daripada kebenaran sebab kebenaran itu pahit.

''Sidang akhbar semalam oleh Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain bukannya menyelesaikan masalah tetapi menambahkan lagi persepsi negatif terhadap mereka.

''Siapa yang kenal Wan Azizah, mereka akan tahu. Saya tengok pun saya sedih sebab dia wanita yang baik. Tetapi, sampai berapa lama nak bertahan?. Cukuplah," katanya di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Beliau meminta Peguam Negara dan Ketua Polis Negara membenarkan pemimpin pembangkang menonton video seks terbabit bagi mereka membuat penilaian sama ada suruhanjaya diraja perlu diwujudkan.

''Kalau selepas menonton mereka mengakui kebenaran, tak perlulah tubuh suruhanjaya dan mereka perlu ambil langkah hormat dengan menyuruh Anwar letak jawatan. Bagi yang menolak penubuhan suruhanjaya, mereka ini bukan sahaja pilih bulu malah hipokrit," tegas beliau.

Sementara itu, Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, pembangkang sepatutnya menyokong cadangan itu atas prinsip keadilan dan kebenaran yang dilaung-laungkan sebelum ini.

"Jika mereka menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja itu, bermakna mereka sudah tahu kebenarannya," kata beliau.

2 comments:

Anonymous said...

"JIJAH TAK TAU LA BANG. ABG SIMPAN KAT MANE? ATAU ABG KASI KAT AMOI SIMPANAN ABG KOT?" >|D

Jeepers Creepers said...

hehehehe