DAP Melaka mencadangkan supaya hubungan udara membabitkan negeri tersebut dan Pulau Pinang diperkenalkan supaya segala kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam dapat digunakan.
Menurut ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, usaha itu mampu menguntungkan Melaka dan LTAM memandangkan kedua-dua negeri berkongsi pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Jelasnya, selain dapat mempromosikan sektor pelancongan di negeri ini, langkah itu juga dapat mengelakkan LTAM daripada terus menjadi gajah putih.
Katanya, antara pakej pelancongan yang boleh diperkenalkan misalnya, adalah pelancong yang berkunjung ke Melaka turut boleh dibawa dengan udara ke Pulau Pinang atau sebaliknya.
"Mungkin ada pelancong yang datang ke Melaka ingin juga ke Pulau Pinang dan begitu juga sebaliknya. Justeru, Sekiranya mereka menggunakan jalan raya, ia akan mengambil lebih tujuh jam sedangkan dengan penerbangan ianya hanya kira-kira 40 minit. - MalaysiaKini

Hah eloklah tu. Ok juga kalau ada penerbangan P.Pinang ke Melaka. Senang nak campak Guan Eng terus ke Melaka. Semua ni auta DAP je. Nampak sangat ni rancangan Guan Eng. Mesti ada benda yang dia nak buat lepas ni.
Lepas ni dia bagi rancangan, dari Melaka terus ke Singapork pulak dah hahahaha.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment