Geng Bas Sekolah

April 22, 2011

DAP Ketakutan - Terima Kasih Utusan Malaysia


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang dicadang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku.... Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik... jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata gerakan ”1Melayu, 1Bumi” yang disaran Utusan Malaysia merupakan pendapat peribadi penulis akhbar berkenaan dan bukan pandangan kerajaan.

"Itu pendapat peribadi penulis yang berkenaan tetapi daripada segi kerajaan kita sudah ada gagasan yang cukup jelas dan kita akan teruskan usaha kita. Dan, bagi orang Melayu, yang penting sekali mereka sokong UMNO kalau hendak bersatu daripada segi politik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat pada Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di sini, hari ini.


Akhirnya apa yang disuarakan oleh orang melayu telah didengari. Terima kasih Utusan Malaysia. Walaupun 1Melayu 1Bumi ini boleh dikatakan agak kasar dan perkauman, tetapi inilah langkah terakhir sekiranya ada kaum tertentu yang terus berdegil dan tamak.

Selama ini orang melayu tidak pernah mengeluh atau memboikot mana mana peniaga cina. Malah orang melayu juga memberi undi kepada calon berbangsa cina walaupun dikawasan majoriti orang melayu. Semuanya kerana diatas dasar muhibah yang ditekankan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak selepas peristiwa 13 mei dahulu.

Tetapi malangnya pada hari ini golongan ini mula lupa kepada kebaikan dan kemurahan hati orang melayu. Sehingga wujudnya generasi muda kaum cina yang sengaja menghina serta mempersendakan orang melayu dan agama islam. Sudahlah begitu, kebajikan dan hak orang melayu juga dipertikai setelah mereka mendapat kuasa seperti yang berlaku di P Pinang.

Orang melayu dihina dan dinafikan hak yang telah termaktub didalam perlembagaan. Perbuatan inilah sebenarnya yang benar benar mengguris hati orang melayu.Diharap Kerajaan dapat melihat perkara ini dengan sewajarnya. 

Walaupun memang tugas Kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat tanpa mengambil kira bangsa tetapi suara hati dan keluhan orang melayu juga perlu didengari. Jangan biarkan "api dalam sekam" terus menyala. Kelak ianya akan marak tanpa dapat dikawal lagi.

Ambillah langkah yang bijak untuk mengatasi masalah ini seperti mana "menarik rambut didalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak".

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

BTUL LA BRO..LEPAS NI KLU DAP KOMUNIS HARAM J NAK CUBA TEST MARKET LAGI, SIAP LAA..KEHKEHKEHKEH