Desakan agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela bagi menyelesaikan misteri lelaki ‘Y’ terus disuarakan lebih 30 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun di Hotel Grand Seasons, di sini hari ini.
Malah, kesemua yang hadir pada perhimpunan anjuran Gabungan NGO Malaysia (GNM) itu turut sependapat meminta mahkamah serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kuasa bagi mendesak Ketua Pembangkang tersebut berbuat demikian sekiranya beliau masih berdegil.
“Kami pelik kerana seakan-akan ada kekebalan pada Anwar. Mengapa susah hendak mendapatkan sampel DNA daripadanya. Kalau individu biasa rasanya tidak sesukar begitu.
“Kalau dibiarkan begini, maka akan ada ramai pesalah liwat dan rogol pada masa hadapan yang tidak akan membenarkan DNA mereka diambil bagi menyelesaikan kes. Alasannya kerana Anwar juga tidak beri,” katanya.
“Jika sebelum ini dia berpidato tentang keadilan dan menyatakan kerajaan sekarang tidak mengamalkan keadilan, maka hari ini kami warga marhaen menuntut keadilan ke atas bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
“Kenapa perlu takut jika beliau tidak melakukan perkara itu? Kami berhimpun bukan atas dasar kepentingan peribadi tetapi untuk ‘menyekolahkan’ Anwar bagi menegakkan keadilan,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Mampus pakcik Anwar sekarang. Kali ni seluruh rakyat Malaysia bangkit meminta pakcik Anwar menyerahkan sampel DNA nya untuk keadilan. Jika dahulu pakcik Anwar menuduh kerajaan menzaliminya. Dan sekarang pintu kebenaran sudah terbuka luas. Pakcik Anwar cuma perlu bagi sampel DNA dan dari situ kita boleh siapa yang zalim.
3 comments:
terima kasih bro dan mohon pautan http://pantausblog.blogspot disini
Hahahaha.. Ade tengok berita.. Banyak pihak nak dia serah DNA.. Padan muka.. Baru dia tahu langit tu tinggi.. Bukan senang nak petik bintang.. Ngee :)
*Menyampah tengok gadis hisap rokok! Huhh..
Entry Terbaru : Warga Tua Dan Bayi Terselamat Dari Gempa Bumi Dan Tsunami, Bukan Maria Ozawa Sahaja!
dzimba: dah follow blog saudara
d_tieah: comel ler awek tu hehehe
Post a Comment