Geng Bas Sekolah

March 31, 2011

Nik Aziz Pemimpin Zalim

Cerita ini aku ambil daripada blogger Kickdefella. Semoga kita semua mendapat manafaat daripadanya.

Di dalam era lapan puluhan dan sembilan puluhan, nama Muaamar al-Gaddafi menjadi sebutan pemuda-pemuda Islam dan menjadi idola pejuang Islam. Gaddafi disanjung di atas jiwa revolusionerinya yang berani berdiri menentang negara-negara Barat. Gaddafi dicintai kerana keserdehanaannya, tinggal di dalam khemah dan tidak seperti pemimpin Negara Islam lain bermewah-mewah.

Generasi baru mungkin tidak lagi mengenali Gaddafi seperti generasi sebelum ini mengenalinya. Generasi baru mungkin mengenali Gaddafi sebagai ikon fesyen alternatif dan mengenali Gaddafi kerana pengawal-pengawal peribadi wanitanya yang jelita belaka.

Kalau dulu Gaddafi dihalalkan oleh sebuah generasi Islam kerana penglibatan negaranya mengebom pesawat Boeing 747, Pan Am 103 di ruang udara Lockerbie, hari ini generasi itu mungkin terdiam melihat Gaddafi melakukan yang sama terhadap rakyatnya yang bangkit untuk menentang kepimpinan Libya.

Kalau dulu Gaddafi di sebut sebagai pengganas oleh dunia Barat tetapi sebagai wira dunia Islam, hari ini, Gaddafi mahu dunia Barat faham, bahawa kekecohan di dalam negaranya adalah seperti didakwanya, tindakan pengganas Al-Qaeda dan militan Islam.

Hari ini amat sukar untuk kita mendengar kisah Gaddafi yang baik dan mampu dijadikan teladan. Tidak seperti yang saya ingat dahulu.

Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia, PAS sendiri rakus mahu rakyat Libya bangkit menggulingkan Gaddafi. Mereka mahu rakyat Malaysia bangkit dan mengambil ruang-ruang di jalan untuk melontarkan simpati kepada rakyat Libya yang menentang Gaddafi.

Seakan kita sudah tiada ingat lagi kecintaan kita kepada Gaddafi dua tiga dekad yang lalu.

Nik Aziz perlu mengambil iktibar dari Gaddafi. Nik Aziz mungkin berbeza dari satu sudut jika dibandingkan dengan Gaddafi tetapi Nik Aziz juga banyak persamaannya dengan Gaddafi.

Kedua-dua mereka dilihat sederhana.

Namun Nik Aziz tidak lahir dalam kemiskinan dan penindasan Barat seperti Gaddafi. Nik Aziz membesar dan membina kehidupan dalam melihat bagaimana UMNO dan sekutunya memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu secara diplomasi dan memperolehinya. Nik Aziz tiada di bumi ini sewaktu sebahagian besar masa Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia menentang kebangkitan pengganas cina (chinese bandit) yang kemudiannya dipanggil pengganas komunis.

Nik Aziz lahir dalam keluarga bangsawan. Ayahandanya, Tok Ku Nik Mat Alim adalah tokoh hebat dan bukan orang kebanyakan. Anak perempuan Nik Aziz di dalam blognya, Seri Suri juga sering mengakui, mereka adalah keluarga terpilih. Ber’Mecedes’ ke sana ke sini.

Ya, Mercedes adalah pilihan Nik Aziz sejak dahulukala. Siapa yang mengenalinya boleh menafikan fakta ini? Kebanyakan rakyat Malaysia hanya mengenali Nik Aziz selepas 1990 tetapi saya masih ingat Mercedes baru Nik Aziz pada pertengahan 80 an lagi.

Ramai menilai kesederhaan Nik Aziz kerana melihat foto dia sedang makan nasi bungkus di warung tepi jalan. Bagaimana pula kalau saya kata, Mustapa Mohamed ketika sudah menjadi Menteri persekutuan pernah menumpang sebuah motorsikal penghantar gas.

Ya, di suatu pagi ramai juga orang melihat Mustapa Mohamed mengepit kotnya disebelah kiri dan briefcase di sebelah kanan bertenggek di atas motorsikal roda tiga yang ditumpangnya dari Jalan Bayam untuk menaiki pesawat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.

Dan pernahkan kita melihat rumah Nik Aziz lebih jauh dari ruang hadapan yang sudah usuh itu?

Tidak pelik Nik Aziz yakin rakyat Kelantan sayangkan beliau seperti Gaddafi yakin rakyat Libya sayangkannya.

Hari ini, semakin banyak persamaan antara Gaddafi dan Nik Aziz. Walau Nik Aziz tidak simpan wanita-wanita jelita sebagai pengawal peribadinya, tetapi dia dikelilingi oleh samseng-samseng yang jelira kepada wang ringgit dan permit balak serta pasir. Seperti pengawal Gaddafi, sanggup melakukan apa sahaja kepada mereka yang menentang tuannya.

Mereka yang waras di sisi Nik Aziz perlu mengambil iktibar dari apa yang menimpa Gaddafi. Dan sedarlah, seperti Gaddafi, terdapat garis yang terlalu nipis membezakan antara kewarasan dan ketidak warasan bila mulutnya dibuka. 

Sumber: Kickdefella

4 comments:

Anonymous said...

Kalau macam ni lah gayanya, Ketua Menteri Sarawak - Datuk Taib Mahmud tu macamana? Dah lebih 30 tahun memegang jawatan Ketua Menteri tiada siapa yang kesah pun. Hasil2 balak habis dia sapu dengan anak2 dan kroni hidup senang lenang - ada kapalterbang, helikopter, kereta Rolls Royce, bangunan mewah termasuk diluar negara spt. England dan USA.

Jeepers Creepers said...

anon: cian ko kan ish ish ish

Abe said...

Selalunya penyokong pembangkang akan memberi komen dengan profile anon...mereka tidak berani..berani bercakap didalam gelap tapi takut bila cerah...Kawan saya yang ayah dia tauke kereta mewah di Kelantan ada memberitahu saya..memang terdapat beberapa buah kereta mewah didaftar bawah nama nik aziz.Dia duduk di rumah yang uzur? Tapi dia amik duit elaun rumah yang berjumlah 4 angka setiap bulan.Jangan tertipu dengan topeng agama.

Jeepers Creepers said...

maniac: perangai tu dah sinonim dengan mereka..sebagai penjawat awam berpangkat sudah tentu dia mendapat segala kemudahan.

janganlah cakap parti pas maksum..kalau dah namanya ahli politik, sedikit sebanyak tentu ada membuat salah..kesalahan paling ringan adalah melebihkan kaum kerabat..walaupun kita tak nampak salah tapi dari etika ianya tetap salah.