Geng Bas Sekolah

March 7, 2011

Ketua Kapitan Cina Bakal Dicampak Kedalam Lombong


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyifatkan tempoh tiga tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang penuh dengan masalah sejak diberi mandat menerajui negeri itu mulai 8 Mac 2008.

Menurut Zahrain, sehingga kini, rakyat masih belum nampak sebarang bukti hasil perjuangan DAP itu, selain hanya mewujudkan lebih banyak masalah akibat tindakan mereka terhadap golongan tertentu terutamanya peniaga Melayu.

Jelasnya, dasar pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu bukan sahaja telah menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin antara rakyat malahan menyebabkan pelaburan asing semakin berkurangan.

''Dua hari lagi genap tiga tahun dia (Guan Eng) memerintah, tetapi saya tidak nampak apa-apa. Yang saya nampak hanya penuh masalah. Masalah itu termasuklah tindakannya terhadap peniaga Melayu dan agama Islam yang menyebabkan keharmonian antara kaum di negeri ini semakin tergugat.

''Perkara ini tidak pernah terjadi dalam pemerintahan terdahulu kerana wujudnya budaya tolak ansur. Undang-undang boleh dipraktikkan tetapi biarlah berpatutan dan adil pada semua pihak, namun, yang terjadi sekarang adalah sebaliknya," katanya.

''Beliau (Guan Eng) sering mendakwa, beliau yang buat segalanya termasuk pelaburan dari luar negara dan peningkatan pembangunan ekonomi negeri ini.

''Sedangkan ia adalah hasil usaha kerajaan terdahulu termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)," katanya.

Namun, kata Zahrain, tindakan yang dilakukan Guan Eng itu telah disedari rakyat dan beliau yakin populariti Setiausaha Agung DAP itu semakin merosot berbanding semasa dia mula menerajui negeri ini.

''Guan Eng tidak sesuai menerajui kepimpinan negeri ini kerana beliau adalah orang Melaka malah, cara kepimpinannya langsung tidak ada sikap bertolak ansur.

''Saya yakin, pilihan raya umum akan datang akan mendedahkan segalanya dan berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri ini kerana popularitinya (Guan Eng) sudah tidak seperti dahulu lagi," katanya.

Guan Eng bakal "disunat" tak lama lagi hehehehe. Siapa nak sunat dia? Mungkin tok guru maaa

1 comment:

Anonymous said...

ANGKAT JEK DIA MASUK DLM BAKUL, CAMPAK KAT TGH LAUT ABIS CITER KEHKEHKEH