Geng Bas Sekolah

March 18, 2011

Jangan Dilayan Singapork


Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu merupakan gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.

"Saya berjumpa dengan Encik Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia adalah satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya semasa saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya," katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.

Wartawan dari The Straits Times, Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan bahawa pada masa itu, Sheares sudah meninggal dunia, dan beliau (Dr. Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan Presiden lain iaitu Devan Nair pada satu majlis makan tengah hari.

Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr. Mahathir berjudul A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilancarkan minggu lepas dan mendapatkan sambutan hangat.

Satu lagi kandungan dalam memoir itu yang menyatakan Dr. Mahathir diberi sambutan dingin semasa melawat Singapura semasa baru menjadi Perdana Menteri turut dipersoal oleh wartawan berkenaan yang berkata, rekod akhbarnya mencatatkan Kuan Yew sendiri menyambut Dr. Mahathir di lapangan terbang bukan seperti catatan bukunya yang mengatakan beliau hanya disambut pegawai protokol dan Kuan Yew hanya muncul selepas 15 minit.

Sumber: Utusan Malaysia

Wartawan Singapork ni tak payah dilayan. Mereka seboleh bolehnya nak mencari salah Tun dan juga Malaysia. Ini semua berkat ajaran Lee Kuan Yew yang sentiasa memusuhi Malaysia dan orang melayu sejak dari zaman mudanya lagi. Dan inilah yang melekat didalam kepala sebahagian generasi muda Singapork.

Malah ajaran Lee Kuan Yew ini juga meresap kedalam pemikiran ahli politik pembangkang. Mereka menjadikan Lee Kuan yew sebagai idola dan master didalam semua tindakan politik mereka. Pengusiran orang melayu di P.Pinang adalah mengikut model negara Singapork. Orang melayu dipecah dan dilemahkan supaya jumlah undi orang melayu tidak mampu mengalahkan parti mereka. Harap orang melayu sedar permainan politik kotor mereka ini sebelum terlambat.

4 comments:

Tieah Madian said...

Huhh! Tun Mahthir tu belum nyanyuk lagi kan.. Huhuhu..


Entry Terbaru : Jom Terbang Bersama Air Asia Dengan Hanya RM25 ; Terima Kasih Nuffnang

Anonymous said...

Lee Kuan Yew,Lim Kit Siang dan pemimpin2 DAP masih gentar pada Dr M.
Mereka cukup bimbang kalu strategi politik Dr M diguna pakai olih Najib.
Sebab itu DAP tak abih2 spin pasai Dr M hingga sekarang walaupun bukan PM lagi supaya org Melayu,Cina ,India benci Dr M dan menolak apasaja cadangan beliau.
Keupayaan Dr M membangunkan negara dan kejayaan DEB memperkasa Melayu tidak disenangi DAP kerana lebih ramai Melayu pandai dan lebih ramai Melayu kaya akan menyulitkan lagi usaha Lee Kuan Yew,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng utk mendapat kuasa politik diMalaysia.

Jeepers Creepers said...

d_tieah: mana de nyanyok wooo

Jeepers Creepers said...

anon: betul tu..memang puak dap dgn pap ni ada rancangan jangka panjang untuk menghancurkan orang melayu..cuma orang melayu ni je yang selalu lupa.